Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, November 22, 2005


Najib Yang Sepatutnya Tidak Mudah Melatah
Oleh : Master Key
Kategori : Berita


Kangar 21hb Nov : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta supaya tidak melatah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh negara jiran tentang perkaitan Malaysia dengan keganasan. Permintaan itu dibuat oleh AJK PAS Pusat Ustaz Taib Azamuddin hari ini.

Beliau yang ditemui selepas kuliah bulanannya di sebuah surau di sini tadi juga menyalahkan Timbalan Perdana Menteri itu atas apa yang beliau sifatkan Najib sebagai keterlaluan dalam membuat tuduhan.

Terdahulu dalam laporan Utusan Malaysia 20hb November Najib dipetik sebagai berkata negara-negara jiran tidak sepatutnya cepat melemparkan tuduhan kepada Malaysia apabila berlakunya keganasan.Sebarang tuduhan mestilah disokong dengan bukti yang kukuh.

Beliau kemudian lagi memberikan contoh yang Najib pernah menuduh sekolah agama rakyat sebagai pusat untuk melahirkan pengganas dan bukannya sebagai tempat untuk melahirkan ulamak.

“Saya katakan ini sebagai senjata makan tuan.Dia (Najib) mesti bertanggung jawab diatas apa yang dia sendiri mulakan.Masa dia tuduh sekolah agama dulupun mana ada bukti kukuh?Sekarang orang lain mengambil ini sebagai peluang,”ujar beliau.

Beliau menambah lagi bahawa kesan dari pertuduhan yang tidak berasas itu ialah Islam telah dilihat sebagai agama yang menggalakkan keganasan.

Beliau yang jelas kesal dengan sikap sebilangan besar pemimpin UMNO terutama dalam soal ini turut menyarankan kepada semua pimpinan UMNO supaya lebih bertanggungjawab dalam perkara yang melibatkan keselamatan negara.

“Lihat saja Annuar Musa ketika dalam sidang DUN Kelantan tempohari yang mana dia telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Kelantan dipercayai menjadi tempat bagi melatih pengganas-pengganas dari Selatan Thai.Dia (Annuar) terlalu sangat berpolitik sehingga benda yang tak sepatutnya dipolitikkan dia politikkan juga,”katanya kesal.

Akhir sekali beliau meminta supaya rakyat terutamanya di Kelantan melihat sendiri keindahan Islam itu seperti yang ditonjolkan oleh kesederhanaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan bandingkan pula dengan pimpinan UMNO yang dikatakan sebagai pembela Islam di Malaysia tetapi sekolah agama rakyat itu mereka tuduh sebagai tempat melahirkan pengganas.