Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, November 02, 2005

Ketinggian Al-Quran
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

KANGAR (30 OKT) :Sebelum kedatangan Al-Quran,Taurat,Zabur dan Injil ialah kitab rujukan untuk umat ketika zaman itu.Akan tetapi kesempurnaannya hanyalah untuk umat ketika itu sahaja dan bukan sebagai rujukan ulung untuk masa hadapan.Demikian yang diperjelaskan oleh Dato’Dr.Haron Din Timbalan Mursyidul Am PAS ketika menyampaikan tazkirah Ramadhan di Pejabat Perhubungan PAS di sini semalam.

Beliau juga menyatakan bahawa Kitab Taurat tidak boleh diterima kerana terlalu mengagungkan bangsa Yahudi dan mencaci hina bangsa lain.Manakala kitab Injil pula menjadi cabaran kepada umat Islam.Ini adalah kerana menurutnya lagi kita sendiri menjauhkan diri daripada Islam.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Perlis beserta ketiga-tiga timbalannya.

“Manusia dipertunjukkan bahawa betapa susahnya Islam itu.Kalau nak sembahyang kena ambil air sembahyang, begitu juga dalam ibadat-ibadat yang lain.Tapi kalau depa nak sembahyang,tengah padang bola lepas score gol pun boleh.Dalam jamban pun boleh sembahyang,”kata beliau.

Beliau kelihatan sihat selepas pembedahannya beberapa bulan lalu memberikan
perangkaan yang beliau perolehi iaitu semakin hari semakin ramai orang yang memohon untuk murtad.Ini menunjukkan bahawa manusia tidak boleh membezakan antara al-Quran itu sebagai petunjuk dengan kitab lain.

Beliau menjelaskan lagi yang Injil itu hanyalah 3 tahun sahaja iaitulah selama umur nabi Isa diangkat menjadi rasul (30 tahun-33 tahun).Ianya diturunkan sekaligus. Sama seperti Taurat dan Zabur.Injil juga hanya meninggalkan 12 orang sebagai orang yang beriman kepada Isa iaitulah puak Hawariyyun.Bahasa Injil menurut Dr.Haron lagi ialah Aram yang mana bahasa itu telah pupus kini.

Majlis yang diadakan selepas solat Isya’ dan tarawikh itu memberi peluang kepada penyokong-penyokong PAS untuk bertemu dengan Timbalan Mursyidul Am itu setelah sekian lama beliau tidak turun padang.

Injil juga kata beliau pada suatu ketika ada lebih dari 180 buah yang saling bercanggah antara satu sama lain.Ini menyebabkan gereja terpaksa bersidang untuk mengharamkan Injil-Injil yang tidak serasi dengan mereka sehingga jumlahnya tinggal 8 buah sahaja.Akhirnya tinggal 4 buah tetapi itupun masih bercanggah.

“Al-Quran akhirnya diturunkan untuk memperbetulkan segalanya.Tidak ada pengkaji di dalam dunia ini meragui akan al-Quran itu.Ini menunjukkan mukjizat al-Quran yang mana tiada orang yang mampu mengubahnya,”ujar beliau kepada hadirin.

Beliau seterusnya mengajak pendengar berfikir tentang Injil yang tidak dihafal pun oleh paderi-paderi mereka berlainan dengan al-Quran yang hafiz-hafiznya semakin bertambah sekarang ini..Ini juga salah satu bukti perbezaan jelas antara al-Quran dan kitab-kitab lain.

Beliau mengakhiri tazkirah beliau selama lebih kurang satu jam setengah itu dengan menyeru seluruh pejuang Islam untuk memantapkan jihad serta memperkemaskan saf untuk mengajak keluarga,sahabat,jiran dan seluruh umat Islam agar kembali kepada al-Quran dengan membaca dan memahami kehendak al-Quran itu agar barakah al-Quran itu akan sampai kepada kita.