Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, November 01, 2005


PERUTUSAN HARI RAYA DARI PESURUHJAYA PAS PERLIS


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dikasihi.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa yang hanya ada beberapa hari lagi untuk kita menamatkannya.Saya juga mengharapkan semoga ibadah puasa kita ini semua akan menjadi bekalan di akhirat nanti.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada.Semoga umat Islam akan menjaga kesucian agama Islam sepanjang masa.

Kepada anak Perlis yang berada di perantauan saya menasihatkan agar menjaga keselamatan anda semua ketika berada di jalanraya.Apapun yang kita lakukan mestilah yang terbaik kerana agama kita menyuruh kita melakukan setiap pekerjaan itu dengan cara yang terbaik.

Allah melarang kita dari menjerumuskan diri ke lembah bahaya.Berusahalah untuk menjaga keselamatan kita dan keluarga dengan mengelakkan perkara yang tidak diingini samada kerana kealpaan atau kecuaian kita dengan berdoa kepada Allah sebelum kita memulakan perjalanan.Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah Taala.

Akhirnya saya ingin menjemput anda semua ke MADI untuk bersolat Hari Raya yang mana khutbahnya insyaAllah akan disampaikan oleh Dr.Haron Din.Dan pada sebelah malamnya pula diadakan ceramah yang akan sampaikan oleh Naib Presiden PAS Saudara Mohammad Sabu.Saya kira ini adalah kesempatan terbaik untuk kita beramah mesra setelah sekian lama tidak bertemu.


Sekian dari saya.Allah hu Akbar Allah hu Akbar Walillah hil Hamd.