Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, November 21, 2005


Kuliah Maghrib Perdana Dan Pelancaran Infaq Pilihanraya DUN Pengkalan Pasir
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Kangar 20hb Nov : Dewan Pemuda PAS (DPP) Perlis dengan kerjasama Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah Negeri Perlis akan mengadakan Kuliah Maghrib Perdana dan Pelancaran Infaq Pilihanraya bagi DUN Pengkalan Pasir pada hari Sabtu 26hb November bertempat di MADI.

Menurut jurucakap pengelola majlis itu Khairudin Hj.Mohammad kuliah maghrib itu akan disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Professor Datuk Dr.Haron Din. Beliau juga dijadualkan akan melancarkan Infaq Pilihanraya DUN Pengkalan Pasir selepas kuliahnya.

“Segala sumbangan yang dihulurkan oleh hadirin pada malam itu akan disalurkan kepada tabung kempen pilihanraya DUN Pengkalan Pasir yang dikendalikan oleh DPP,”kata beliau.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru orang ramai supaya dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut dengan membawa bersama keluarga dan sahabat handai beserta dengan sumbangan yang ingin diberikan kepada tabung itu.

DPP amat mengharapkan kehadiran orang ramai bagi memberikan semangat kepada petugas-petugas PAS dari Perlis sebelum mereka berangkat ke Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan seramai 24 orang dari DPP Perlis telah berlepas ke Kelantan hari ini dalam misi untuk membantu kempen PAS Kelantan di Pengkalan Pasir.Pasukan itu diketuai oleh ketuanya iaitu Ustaz Ahmad Adnan Fadhil.

“Ini ialah penghantaran peringkat pertama bantuan dari Perlis ke Kelantan.Manakala selebihnya akan menyusul secara berperingkat,”katanya
Kumpulan ini juga turut disertai oleh seramai 20 orang dari Badan Perhubungan PAS Perlis yang menjadikan jumlah keseluruhan iaitu 44 orang.