Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, June 16, 2009

Timbalan Ketua DPP Perlis dilantik Exco Pusat

Harakhadaily melaporkan Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Antara muka baru yang dilantik menganggotai Exco DPP Pusat ialah Timbalan Ketua DPP Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.

SAF KEPIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT SESI 2009-2011

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Mohd Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Ustaz Yussaine Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman



Monday, June 15, 2009

Alahai PFA... tak selesai lagi ke dengan KWSP?

KANGAR - Hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yangmahu persatuan-persatuan sukan di negara ini menghindarkan politik dan memberi tumpuan lebih serius kepada usaha membantu dan membangunkan bidang itu mungkina tidak kesampaian.

Ini terbukti dengan kelemahanan persatuan-persatuan sukan apabila diterajui oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik.

Sebagai contoh, sumber memberitahu tentang permasalahan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang terus berlarutan apabila kini mererka berhadapan dengan tindakan saman oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut seorang bekas pemain, saman yang dikemukakan itu melibatkan jumlah caruman KWSP pemain serta denda yang mencecah hampir RM1 juta.

Sumber juga memberitahu, saman sivil ini juga menamakan tiga orang penjawat utama dalam PFA yang memungkinkan mereka dikenakan perintah muflis jika sabit kesalahan.

Apa yang menariknya, ketiga-tiga penjawat utama PFA ini terdiri daripada seorang Ahli Parlimen dan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri.

"Kami dengar salah seorang dari mereka kini sedang memujuk pimpinan tertinggi parti untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan alasan jika mereka muflis, tiga lagi pilihanraya kecil boleh berlaku di Perlis," kata sumber.

Dulu pejabat Umno/BN... la ni dia ambik balik dah..

KANGAR - Bangunan ini yang terletak di persimpangan Pengkalan Asam dekat sini dahulunya begitu gah di pandangan mata umum kerana pernah dijadikan bilik gerakan Umno/Barisan Nasional(BN) Perlis.

Namun kini ianya telah berubah menjadi pejabat Yayasan Pok dan Kassim yang diasaskan oleh mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim.

Ini sekaligus menimbulkan pelbagai telahan berkaitan Umno/BN di negeri ini.

"Begitulah keadaannya apabila beliau sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar dan tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis.

"Ini jelas menunjukkan Shahidan tidak ikhlas dan apabila sudah tidak berjawatan, maka premis ini tidak lagi digunakan untuk operasi parti mereka," komen Yang Dipertua PAS Kangar, Hairy Hashim.

Menurut Hairy lagi, keadaan ini juga jelas membuktikan wujudnya pergeseran sesama pimpinan Umno Perlis yang masih menjadikan pangkat dan kedudukan sebagai agenda perjuangan mereka.

"Ini buktinya bahawa Umno Perlis tidak bersatu dan berpuak-puak. Saya nak mengajak ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti kerana pemimpin mereka tidak ikhlas dan hanya berjuang untuk merebut pangkat dan kedudukan," ujarnya.

Selain itu, Hairy juga mahu pihak Majlis Perbandaran Kangar mengkaji status khemah yang didirikan di hapadan bangunan tersebut.

"Dua buah khemah yang ada di hadapan bangunan telah begitu lama berada di situ. Adakah pihak MPK telah memberikan kebenaran atau ianya telah didirikan mengikut peraturan. Ini kerana selain mencacatkan pemandangan, ianya turut menganggu lalu-lintas di kawasan sekitarnya," katanya lagi.

DPP Perlis sambut baik perlantikan Pj

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) menyambut baik dan menyokong penuh perlantikan semula Ustaz Hashim Jasin selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis.

Pelantikan itu menurut Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman diharap akan dapat menyemarakkan lagi semangat untuk terus bekerja demi memperluaskan lagi pengaruh PAS di negeri Perlis di samping memperkukuhkan kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.


"Kami mengalu-alukan perlantikan Ustaz Hashim untuk terus menerajui PAS Perlis untuk sesi 2009-2011. Dengan perlantikan ini dan dengan ilmu dan pengalaman beliau, harapan kami ialah untuk dapat berusaha untuk merealisasikan tema muktamar PAS baru-baru ini, "Islam Memimpin Perubahan.

"Begitu juga, Pemuda PAS akan memberikan kerjasama penuh kepada Ustaz Hashim dan sebagai sayap kanan parti, kami akan sentiasa mendokong kepimpinan Pesuruhjaya," kata beliau.


Selain itu, DPPPs juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden PAS yang turut melantik seorang lagi wakil Perlis, Mohd Anuar Tahir ke dalam saf pimpinan PAS Pusat.

"Perlantikan beliau adalah tepat dan dilihat akan dapat memantapkan lagi gerakerja PAS di negeri ini mahupun di peringkat nasional. Pengalaman yang ada pada beliau amat ditagih untuk sama-sama membantu memperkuatkan lagi PAS di negeri ini," ujarnya lagi.

Thursday, June 11, 2009

TG Presiden: PAS belum bincang semasak-masaknya

Malaysiakini melaporkan
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat hari ini juga tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Abdul Hadi memberita demikian dalam sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat (AJK) PAS di ibunegara hari ini.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh," katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bidang keutamaan PAS

"Saya mahu kerajaan membuat perubahan dahulu, dan saya utamakan perbincangan mengenai demokrasi, bidang kehakiman dan kebebasan media.

"Kalau nak bincang perkara itu, kita sedia jumpa," katanya.Katanya, ucapan beliau di muktamar PAS, telah menyentuh perubahan badan kehakiman dan suruhanjaya pilihanraya (SPR), tetapi tidak dilaporkan sepenuhnya oleh media.

Abdul Hadi juga berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat.dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat AJK pusat hari ini juga, tambahnya, tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.Menurutnya, beliau tidak tahu laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh," katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

Saf Kepimpinan PAS Pusat 2009-2011


Presiden PAS : YB. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa
Naib Presiden:

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, YB. Salahuddin Ayub, YB. Dato’ Haji Mahfuz Omar
Ketua Dewan Ulamak: YB Ustaz Dato’ Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Muslimat : Ustazah Nuridah Salleh
Setiausaha Agung : Dato’ Mustafa Ali
Bendahari PAS Pusat: YB. Dr Mohd Hatta Md Ramli
Ketua Penerangan PAS Pusat: Ustaz Idris Haji Ahmad
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat: Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa Kerja
YAB. Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin

YB. Dato' Kamarudin Jaffar
YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak
YB. Dato' Dr Hasan Mohd Ali
Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
Mohamed Hanipa Maidin
YB. Dato’ Ir Amiruddin Hamzah
YB. Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali
Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman
YB. Dr Dzulkefly Ahmad
YB. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
YB. Ustaz Hashim Jasin
Mazlan Aliman
YB. Ustaz Taib Azamudden Md Taib
YB. Dr Mujahid Yusof Rawa
YB Dato’ Husam Musa (Dilantik)
Mohamad Sabu (Dilantik)
Mohd Anuar Tahir(Dilantik)
YB Mohd Taufik Abdul Ghani (Dilantik)
YB Dr Mariah Mahamud (Dilantik)
YB Wan Ubaidah Wan Omar(Dilantik)
Asmuni Awi (Dilantik)
Mohamad Abdullah (Dilantik)


Pesuruhjaya PAS negeri
YB Ustaz Hashim Jasin (Perlis)
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (Kedah)
Ustaz Saleh Man (Pulau Pinang)
Ustaz Abu Bakar Husin (Perak)
YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan)

YB Ustaz Dato’ Harun Taib (Terengganu)
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
YB. Dato’ Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Dato’ Dr Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Ustaz Osman Mustaffa (Sarawak)

Al-Fatihah... Ketua Penerangan PAS Arau kembali ke Rahmatullah

SIMPANG EMPAT - Takdir Allah s.w.t mengatasi segalanya. Begitulah yang terjadi apabila hasrat Ketua Penerangan PAS Kawasan Arau, Hussein Jamil, 60, untuk menjadi perwakilan ke Muktamar PAS buat kali pertama tidak kesampaian.

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 5 Jun lalu iaitu hari perasmian Muktamar PAS kali ke 55 di Stadium Melawati, Shah Alam.

Hussein yang dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Arau selepas pemilihan parti Alril lalu, tiba di rumah penginapan PAS Perlis di Seksyen 19 Shah Alam pada malam 4 Jun lalu bersama-sama dengan Yang Dipertua PAS Arau, Rus'sele Eizan.

Kira-kira jam 2.00 pagi beliau mengadu sesak nafas dan dibawa oleh ke Salam Specialist Center sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 3.20 pagi.

Menurut Rus'sele, Hussein menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan subuh sedang berkumandang.

Jenazah dibawa pulang pada hari itu juga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Simpang Empat.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Karim Md Rejab serta beberapa orang sahabat perwakilan dari Perlis turut hadir menziarahi jenazah Allahyaraham sebelum dibawa balik ke Perlis.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan sebelum berhenti dan menjalankan perniagaan sendiri. 

Selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan, beliau hanya sempat mengendalikan satu program iaitu menjadi pengerusi ceramah penerangan yang turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar pada 27 Mei lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

Presiden PAS umum saf kepimpinan baru

KUALA LUMPUR, 11 Jun  - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.

Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.

Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari Negeri Sembilan adalah satu-satunya muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. 

Tuesday, June 09, 2009

Pemuda PAS rela menjadi 'buruh kasar' parti - Nasrudin Tantawi

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Demi mencapai matlamat PAS yang memperjuangkan agama Allah dan mendukung gagasan 'Islam Memimpin Perubahan', Pemuda PAS sedia menjadi 'buruh kasar' dan pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut .

Demikian antara kata-kata penuh semangat Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasruddin Tantawi dalam tulisan di dalam blog peribadinya hari ini.

"Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS. Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan.

"Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang , berdakwah dan berpolitik . Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka," katanya.

Monday, June 08, 2009

Gambar Perwakilan Perlis di Muktamar DPP Pusat

Di Majlis Perasmian Muktamar

Meniti buku laporan muktamar

Yasser berucap mewakili DPP Perlis

Muktamar berlangsung hingga lewat malam...
Masing-masing tak berganjak walaupun letih..

Gambar perwakilan Perlis selepas tamat
Muktamar lewat jam 12 tengah malam

PAS jangan jadi tunggul dalam Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 4 Jun - PAS jangan sekali hanya menjadi tunggul dalam Pakatan Rakyat, tegas wakil Dewan Pemuda PAS Perlis, Mohammed Yasser MOhd Desa dalam sesi perbahasan ucaptama Ketua Pemuda PAS dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 di Taman Melewar, dekat sini, hari ini.

Katanya sejak Mac 2008, Pemuda PAS melihat semakin ramai di kalangan ahli PAS bagitu gopoh dan gelojoh dalam membuat penilaian.

"Mungkin kita melihat kemenangan itu sudah begitu hampir dengan kita sehingga menjadi kita lupa sejenak untuk menoleh ke belakang sebentar di mana kita berada.

"Apakah matlamat asal perjuangan parti kita, jangan diulit mimpi kemenangan semata-mata sehingga menjadi kita alpa, sekali gus membuka ruang-ruang untuk musuh kita membuat serangan balas yang bakal merugikan kita kelak," tegasnya.

Katanya, dalam ucaptama Ketua Pemuda malam tadi, beliau menyebut setiap parti dalam Pakatan Rakyat menjadi komplimenter antara satu sama lain.

Bagaimanapun katanya, PAS harus berasa di hadapan, menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat.

"Sekali lagi, dipertegaskan PAS tak mahu dilihat menjadi tunggul di dalam Pakatan Rakyat dan PAS juga harus jadi faktor penentu di dalam Pakatan Rakyat.

Kerana itu katanya, bagi menyahut cabaran untuk memimpin pemuda Malaysia, Pemuda PAS Perlis berharap agar pemimpin Pemuda PAS Pusat dapat merangka formula atau satu plan bertindak yang terbaik bagi merealisasi matlamat tersebut.

Terdahulu, beliau turut mengucap terima kasih kepada ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang akan meninggalkan kerusi tersebut selepas ini.

Beliau berkata pemuda PAS sewajarnya mencontohinya.

"Pengrobanan beliau selaku amimilin pemuda sejak sekian lama, secara sepenuh masa perlu dijadikan teladan kepada kita.

"Walaupun beliau bergelar Yang Berhormat, beliau masih lagi tidak segan menaiki bas ekspres untuk ke negeri-negeri yang mengundang beliau untuk berceramah," katanya. 

Saturday, June 06, 2009

Perlis cadang lantik Setiausaha Agung PAS di kalangan pemimpin sepenuh masa

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Perwakilan PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya mencadangkan supaya pelantikan Setiausaha Agung PAS perlu di kalangan pimpinan sepenuh masa yang tidak mempunyai komitmen lain seperti menjadi wakil rakyat.

Menurut beliau, jika Setiausaha Agung dilantik di kalangan wakil rakyat atau yang mempunyai komitmen lain sudah pasti akan menyebabkan pimpinan tersebut tidak dapat turun ke negeri-negeri.

Ketika membahas ucapan dasar Presiden bertema 'Islam memimpin perubahan' katanya, Majlis Syura perlu memainkan peranan yang berkesan dan tepat serta mengetahui kekuatan dan kekuasaan yang mereka dimiliki.

"Jangan jadi seperti 'harimau yang menyimpan kuku' tetapi mesti aktif memainkan peranan bagi memastikan PAS berjalan baik mengikut akhlak perjuangan," katanya.

Beliau berkata demikian, ekoran laporan akhbar arus perdana tentang kebocoran maklumat mesyuarat AJK PAS Pusat berhubung kenyataan Ketua Dewan Ulama ketika itu, Ustaz Mohd Daud Iraqi.

"Kita harap pemimpin PAS jangan jadi seperti Umno yang tidak boleh dikritik," tegasnya.

Beliau turut menyeru pimpinan yang baru dipilih oleh perwakilan supaya bersatu hati, berjiwa teguh berdiri di belakang Dato' Presiden dan tidak ada lagi yang bersikap seperti 'gunting dalam lipatan' atau 'musang berbulu ayam'.

"Jangan menjadi tangan-tangan hitam di celah kelangkang sebaliknya berdiri teguh dengan penuh kasih sayang khasnya kepada Tuan Guru," tambah beliau.

Dalam perbahasan itu beliau turut menegur negeri yang telah menang dalam pilihan raya tetapi masih tidak ada usaha untuk melaksanakan pentadbiran ke arah Islam.- wann/mks.

Sajak Altantuya karangan Mat Sabu dapat tepukan gemuruh!

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Sajak yang dikarang Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dideklamasikan beliau di Stadium Malawati sempena Wacana Seni, Muktamar PAS ke-55 malam tadi mendapat perhatian dan tepukan gemuruh.

Di hadapan kira-kira 5000 penonton sempena malam wacana muzik Islam, Mohamad Sabu membacaan sajak yang membicaralan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu, seorang model warga Mongolia.

Sebaik bait-bait sajak sajak yang dikarang hanya dalam masa 20 minit itu dituturkan, laungan takbir dan tepukan gemuruh silih berganti.

Tidak kurang juga ada yang tertawa dengan sindiran sinis bait-bait sajak yang sangat unik itu.

Menyusul selepas Mohamad Sabu membacakan sajak, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli turut membacakan sajak kemanusiaan yang turut menghiburkan penonton.

Dua tokoh ini turut membicarakan isu seni dan budaya dengan kupasan mengenai pengaruhnya dalam lapangan dakwah dan mengubah minda anak muda.

Sebelum itu, juara Akademi Nasyid, Azhan Atan mendendangkan lagu-lagu ketuhanan, selain bekas penyanyi kumpulan Arrow, Renggo dan Ito Blues Gang yang turut memeriahkan malam Wacana Seni.

Terkemudian selepas bacaan sajak dua tokoh besar dalam PAS itu, Akhil Hayy dan beberapa penyanyi nasyid lain mengambil tempat untuk menghiburkan penonton.

Di bawah ini adalah petikan sajak yang dideklamasikan Mohamad Sabu:

'Atantuya'


Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah





Tuesday, June 02, 2009

SPM 10 subjek:Subjek agama dipinggirkan?


‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan subjek dalam SPM kepada 10 subjek sahaja kelihatan keputusan yang tergesa-gesa tanpa mengambil pendapat semua pihak.

Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan.Subjek Pendidikan Islam juga akan diserapkan sebagai matapelajaran elektif sebaris dengan subjek elektif yang lain berbanding dahulunya ia adalah subjek teras yang wajid diambil oleh setiap pelajar beragama Islam.

Subjek-subjek lain juga seperti Syariah Islamiah, Al-Quran Dan As-sunnah dan Bahasa Arab Tinggi merupakan subjek-subjek tambah nilai kepada pelajar aliran agama.

Peminggiran subjek-subjek agama ini akan merugikan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah agama di seluruh negara.

Selain daripada itu, subjek-subjek teras Sains seperti Biologi yang merupakan subjek pilihan kedua kepada Fizik di kalangan pelajar-pelajar juga mungkin terpinggir melalui keputusan terbaru kerajaan ini. Subjek-subjek non-technical seperti Prinsip Akaun, bahasa-bahasa antarabangsa dan seni lukis juga bakal terjejas.

Pembentukan generasi muda yang serba boleh (well-rounded) bakal terbantut dengan pengkhususan akademik bermula seawal SPM. Pelajar aliran Sains-Agama atau Sains-Sastera bakal berkurangan dari masa ke masa.

Alasan kerajaan yang mahukan guru lebih fokus kepada subjek teras juga kelihatan dangkal kerana guru-guru telah pun membuktikan kemampuan mereka dalam membantu pelajar berjaya dengan cemerlang dalam SPM.

Selain daripada itu, kita percaya pemerkasaan insitusi perguruan adalah penyelesaian lebih praktikal berbanding pengehadan subjek-subjek dalam SPM.

Semoga kerajaan dapat membuat kajian lebih menyeluruh mengenai keputusan terbarunya ini.

Sunday, May 31, 2009

UMNO di tinggal MASA

Petikan dari blog Umno Reform

Apa pun keputusan perundangan  yang akan di buat di Perak – moral BN dan UMNO terus tercalar. Mungkin perlu digariskan kepada UMNO apa erti menang sorak. Sungguhpun kita tidak boleh menyalahkan UMNO dalam isu lompat parti dan mengambil alih kerajaan Perak kerana Pakatan rakyat juga akan membuat yang sama sekiranya ada peluang tetapi dalam keadaan dan senario yang ada UMNO sering tertinggal dalam menerangkan dan sekiranya ada justifikasi ia sentiasa di tolak dan tidak di terima. Yang lebih mengharukan lagi – apa sahaja di beritakan dan di khabarkan oleh UMNO, sering di tolak biar ia betul dan berjustifikasi. Ini adalah satu keadaan yang agak membimbangkan.

Penerimaan rakyat semakin terkikis dan walaupun berat untuk kita berkata – kita terpaksa menyatakan yang sebenarnya - bahawa sehingga ke hari ini – kepimpinan UMNO di lapisan pelaksana masih tidak mengerti apa masalah yang sebenarnya dan sekiranya tahu – cara untuk mengambil tindakan masih kabur dan tidak menentu.

Kesimpulan yang dibuat untuk mengatakan bahawa – mereka, pegawai dalam UMNO masih kabur dalam melihat keadaan sebenar – atau masih teraba-raba cara untuk mengatasinya bukan satu kesimpulan yang di buat secara melulu. Ini adalah berdasarkan pengamatan dan setelah menghadiri beberapa pertemuan dalam membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan media khususnya Internet. Kita gagal melihat secara spesifik cara dan bagaimana pihak lawan dapat memanipulasi media ini untuk menjayakan agenda mereka. Keadaan yang ada hari ini amat merunsingkan. Usaha reformasi dalam UMNO masih di pandang remeh dan keadaan ini semakin kritikal. UMNO perlu sedar bahawa peralihan untuk perubahan perlu dibuat secara serius – melihat pada mereka yang benar-benar tahu dan tidak hanya berbincang dengan pakar-pakar politik yang bersandarkan buku-buku kajian tanpa mahu turun padang dan mengetahui senario semasa. Suara-suara kecil rakyat akan bergabung menjadi suara besar. Desas desus dan khabar angin akan dijadikan gelombang kebenaran dan akhirnya menjadi buah mulut yang semakin di percayai orang. Ahli UMNO perlu disedarkan – bahawa masa untuk mereka semakin singkat sekiranya mereka masih berdiri di situ dan tidak berganjak untuk bertindak mengubah langkah agar dapat di terima semula.

UMNO tidak mampu bersandar kepada kekuatan silam – legasi lama dan angan-angan harapan untuk mengabung sokongan Melayu tanpa ada usaha kolektif ke arah itu. UMNO kena bertindak terlebih dahulu – membuktikan mereka sudah sedia untuk berubah. Kepimpinan Bahagian perlu bertindak secara proaktif dan tidak pasif dalam berdepan dengan rakyat. Langkah menyelami masalah dan mendengar suara rakyat perlu dilunaskan dengan pelaksanaan dan bukan retorik janji. UMNO akhirnya perlu tahu – mendengar dan melaksanakan dengan kadar segera – kerana masa bukan mencemburui UMNO – kerana masa terlampau jauh meninggalkan UMNO

Antara Ketua Pengawas Dan Pemangku Ketua Pemuda

Artikel ini dipetik dari blog Anak Tan Sri Sanusi Junid

Saya mendapat tahu yang Khairy Jamaluddin ada gelaran baru sekarang... 'Ketua Pengawas'. KETUA PENGAWAS? HAHAHAHAHAHA....

Apabila saya diberitahu oleh seorang yang rapat dengan pergolakan dalaman exco Pemuda, dikatakan gelaran ini diberikan oleh sesetengah exco setelah menerima surat pekeliling dari pejabat KJ menyatakan perlantikan Timbalan Ketua Sekretariat atau Biro Pemuda UMNO haruslah mendapat 'persetujuan' Ketua Pemuda. Ini menimbulkan kegusaran ramai ahli exco, terutama sekali yang menang pertandingan tempohari, kerana:

  • Ahli exco yang memang bukan kem KJ tak sukalah kalau ada machai KJ hendak dilantik untuk menjadi 'spy' di biro mereka pula. Inilah disyaki akan berlaku dengan adanya syarat 'persetujuan'nya dalam perlantikan Timbalan mereka.
  • Ahli exco ada juga sangsi ini cara untuk sama ada memastikan segala publisiti kerja baik mereka diraih tempiasnya oleh KJ ataupun mungkin lebih buruk lagi... mempermudahkan sabotaj dijalankan terhadap program-program!
  • Sebagai ahli politik, ahli-ahli exco tersebut juga mengharapkan dapat meraih sokongan melalui lantikan-lantikan tersebut... tetapi kalau ini di bawah 'persetujuan' KJ... ada la yang bakal tumpang tempias pula! (Dah la KJ ada sejarah memberi gambaran kepada para lantikan Pak Lah dahulu kononnya beliau terlibat dalam pilihan bapa mertuanya tersebut... dia belajar dari Anwar Ibrahim la tu!)
Ahli exco yang geng KJ pula merasakan seperti KJ tidak mempercayai mereka!
Nescaya tindakan kurang bijaksana KJ ini semakin melemahkan kedudukan beliau. Walau dilihat masih ada Pemuda UMNO yang cuba memperbaiki keadaan sama ada dengan memberi maklum-balas kepada KJ dalam majlis mahupun sewaktu perjalanan mesyuarat exco, biro, dsb, tindak-tanduk YB Dato' Razali Ibrahim, yakni 'Pemangku' Ketua Pemuda UMNO, tidak membantu.

Dato' Razali sering digambarkan sebagai 'gentleman' yang tidak hidung tinggi terhadap perwakilan Pemuda walaupun sudah selesai pertandingan mahupun kini berjawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Ahli-ahli exco yang dirujuk juga menceritakan bagaimana Dato' Razali tetap memberi muka kepada KJ si Ketua Pengawas, walaupun beliau kini semakin mampir rasmi Pemangku Ketua Pemuda. Kematangan yang digambarkan Dato' Razali inilah kini mengancam kedudukan KJ.

Sudah pasti ada ketegangan di antara kedua-dua individu tersebut. Namun penulis diyakinkan ini bukanlah disebabkan oleh Dato' Razali.

Ada yang mungkin bertanya, kenapa penulis masih menulis demikian tentang KJ. Sebabnya adalah Pemuda UMNO memerlukan sinar, harapan, akan adanya jalan keluar dari kegelapan era rejim KJ memimpin Pemuda UMNO. Memang ada. Malah, hasil tindakan Ketua Pengawas di atas, semakin ramai exco Pemuda kini merancang program tanpa merujuk... malah sudah ada yang sama sekali tidak mempedulikan beliau! Nasib baiklah juga ada Pemangku Ketua Pemuda...

Friday, May 29, 2009

Kuliah Dr Haron Din


KULIAH MAGHRIB BULANAN


Disampaikan Oleh:
DATO' DR. HARON DIN
(Timbalan Mursyidul Am PAS)

SABTU, 30 MEI 2009
DI BALAI ISLAM MADI, JEJAWI DALAM, PERLIS


Thursday, May 28, 2009

630 sertai PKR

Choo Kean Bean mewakili masyarakat bukan Melayu

Shaari menyerahkan borang kepada Anwar
KUALA PERLIS - Selepas kehilangan keyakinan kepada pimpinan Umno/BN seramai 630 telah menyertai Parti Keadilan Rakyat di sini 28 Mei lalu.

Daripada jumlah tersebut, 320 orang terdiri daripada ahli-ahli Umno dari Dun Kuala Perlis, manakala 310 orang lagi terdiri dari kaum Cina, India dan Siam dari Bukit Lagi, Kangar dan Jejawi.

Majlis penyerahan borang keahlian diadakan di kediaman Omar Murad dekat sini dan diterima sendiri oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Wakil dari bekas ahli Umno, Shaari Ludin serta Choo Kean Bean yang mewakili ahli pelbagai kaum telah menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Anwar.

Difahamkan Shaari adalah bekas Ketua JKK dan merupakan orang kuat Shahidan Kassim dahulu.

PRK Manek Urai : SPR umum tarikh penamaan dan undi.


Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon untuk DUN Manek Urai pada 6 Julai dan pengundian pula pada 14 Julai.
Bersiap sedialah semua.............


Sesi Brainstorming DPP Perlis

KANGAR- Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Perlis berkampung sehari suntuk di Dewan Yayasan Amal Tuanku Hajjah Budriah dekat sini 24 Mei lalu untuk mengadakan sesi "brainstorming" menyusun perancangan gerakerja bagi sesi 2009-2010.

Majlis dirasmikan oleh Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Setiausaha Badan Pehubungan PAS Perlis, Hisharuddin Hassan dijemput khas untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "Brainstorming dan Pengurusan Strategik"

Ucapan Perasmian Ketua DPP Perlis
Setiausaha Perhubungan membentangkan
kertas kerja

AJK DPP Perlis khusyuk mendengar
pembentangan kertas kerja

AJK DPP Perlis yang hadir

Rehat sebentar membasahkan tekak

"Memerah Otak" - Perbincangan dalam kumpulan

Ustaz Ya'akub turut memberi pandangan

Sesi Pembentangan
Selepas berhenti rehat, semua AJK dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memerah otak merancang program-program yang bakal diadakan sepanjang setahun mengikut lajnah masing-masing.

Selepas solat zohor, tibalah sesi pembentangan yang diselang-selikan dengan komen-komen membina daripada AJK.
Menurut Ustaz Ya'akub, tahun ini DPP Perlis mensasarkan setiap program yang diadakan perlulah memberikan penumpuan merealisasikan tema "PAS Untuk Semua" di mana pemuda PAS perlu bersama-sama dengan masyarakat khususnya golongan muda di peringkat akar-umbi.

Tuesday, May 26, 2009

Ceramah Ceramah Ceramah.... Jom pakat pi ramai2


3 jawatan tertinggi DPP Pusat tidak ditandingi


KUALA LUMPUR- Harakahdaily melaporkan tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.
Tahniah dari Dewan Pemuda PAS Perlis

Zambry Marah Digelar Menteri Besar Mahkamah

tvpas: Keputusan mahkamah tak selesai kemelut Perak - Nik Aziz

Dr Zambry Abd Kadir marah apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memberi gelaran "Menteri Besar Mahkamah" kepada beliau.

Sebaliknya beliau mahu gelaran tersebut diberikan kepada Nizar Jamaluddin yang menurutnya orang yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Nik Aziz) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry yang dipetik Bernama.

Sabtu lepas Nik Aziz berkata Dr Zambry adalah Menteri Besar Mahkamah kerana tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Beliau menduduki kerusi Mneteri Besar selepas Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu mengisytiharkannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Dr Zambry juga menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.

Gelaran yang diberikan kepada beliau mungkin bersesuaian melihat kepada ketidaksanggupan beliau mengadakan undi tidak percaya terhadap Ni zar dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan enggan membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Sikap Dr Zambry yang mahu terus memegang jawatan tersebut hasil pekutusan mahkamah menyakinkan lagi rakyat bahawa gelaran yang diberikan oleh Nik Aziz kepada beliau tepat dan benar.

sumber: pemudabesut