Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, May 28, 2009

Sesi Brainstorming DPP Perlis

KANGAR- Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Perlis berkampung sehari suntuk di Dewan Yayasan Amal Tuanku Hajjah Budriah dekat sini 24 Mei lalu untuk mengadakan sesi "brainstorming" menyusun perancangan gerakerja bagi sesi 2009-2010.

Majlis dirasmikan oleh Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Setiausaha Badan Pehubungan PAS Perlis, Hisharuddin Hassan dijemput khas untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "Brainstorming dan Pengurusan Strategik"

Ucapan Perasmian Ketua DPP Perlis
Setiausaha Perhubungan membentangkan
kertas kerja

AJK DPP Perlis khusyuk mendengar
pembentangan kertas kerja

AJK DPP Perlis yang hadir

Rehat sebentar membasahkan tekak

"Memerah Otak" - Perbincangan dalam kumpulan

Ustaz Ya'akub turut memberi pandangan

Sesi Pembentangan
Selepas berhenti rehat, semua AJK dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memerah otak merancang program-program yang bakal diadakan sepanjang setahun mengikut lajnah masing-masing.

Selepas solat zohor, tibalah sesi pembentangan yang diselang-selikan dengan komen-komen membina daripada AJK.
Menurut Ustaz Ya'akub, tahun ini DPP Perlis mensasarkan setiap program yang diadakan perlulah memberikan penumpuan merealisasikan tema "PAS Untuk Semua" di mana pemuda PAS perlu bersama-sama dengan masyarakat khususnya golongan muda di peringkat akar-umbi.

1 comment:

Unknown said...

Salam alaik..

Macam Kenal je budak yang pakai baju hijau cair dengan laptop acer tu..hehe.. :P

teruskan perjuangan baL ! :)