Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, December 06, 2013

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK : BERITA BURUK UNTUK RAKYAT DAN NEGARA.


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PERLIS(DPPNPS)



KENAIKAN TARIF ELEKTRIK : BERITA BURUK UNTUK RAKYAT DAN NEGARA.
DPPNPS merakamkan bantahan terhadap keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari 2014. Tarif baru yang diperkenalkan ini telah menyebabkan secara purata, pengguna domestik akan mengalami kenaikan sebanyak 10.6% (3.03 sen/kWj). Manakala untuk pelanggan komersial purata perubahan tarif adalah 6.91 sen / kWj.

DPPNPS berpendapat adalah tidak munasabah bagi kerajaan untuk mengulangi alasan kenaikan ini sebagai proses merasionalisasi subsidi kerajaan. Melalui kenaikan ini, kesan negatif bukan hanya melibatkan pengguna domestik dan komersial tetapi melibatkan kesan buruk kepada ekonomi negara dan peningkatan kadar inflasi.

Apakah kerajaan mahu menafikan fakta dengan langkah pengurangan subsidi petrol baru-baru ini telah mengakibatkan kesan yang amat buruk kepada ekonomi negara?.Sebaliknya kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen telah menyebabkan kadar inflasi negara meningkat sebanyak 2.6 peratus. Keputusan kerajaan dalam isu kenaikan tarif elekrtik ini juga mempunyai kecenderungan yang kuat untuk sekali lagi memburuk keadaan ekonomi negara.

Kenaikan tarif ini akan menyebabkan organisasi perniagaan akan melakukan perubahan bagi menangani peningkatan kos. Hasilnya rakyat pula akan terus menerus menanggung impak kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus mengancam tahap kesejahteraan hidup mereka.

DPPNPS amat perihatin dengan kesengsaraan yang selama ini dialami oleh rakyat khususnya golongan yang memerlukan bantuan yang turut sama terseret dalam keputusan dan polisi kerajaan yang lebih menyebelahi pihak pemodal dalam sistem ekonomi negara.

USTAZ YUSSAINE YAHYA
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PERLIS
5 DISEMBER 2013

No comments: