Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, May 28, 2009

630 sertai PKR

Choo Kean Bean mewakili masyarakat bukan Melayu

Shaari menyerahkan borang kepada Anwar
KUALA PERLIS - Selepas kehilangan keyakinan kepada pimpinan Umno/BN seramai 630 telah menyertai Parti Keadilan Rakyat di sini 28 Mei lalu.

Daripada jumlah tersebut, 320 orang terdiri daripada ahli-ahli Umno dari Dun Kuala Perlis, manakala 310 orang lagi terdiri dari kaum Cina, India dan Siam dari Bukit Lagi, Kangar dan Jejawi.

Majlis penyerahan borang keahlian diadakan di kediaman Omar Murad dekat sini dan diterima sendiri oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Wakil dari bekas ahli Umno, Shaari Ludin serta Choo Kean Bean yang mewakili ahli pelbagai kaum telah menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Anwar.

Difahamkan Shaari adalah bekas Ketua JKK dan merupakan orang kuat Shahidan Kassim dahulu.

No comments: