Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, April 13, 2010

USUL DUAPULUH (USUL ISYRIN)

ASAS PERTAMA(samb. )

5. Islam adalah kekuatan:
Islam adalah kekuatan. Sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam menyeru kepada kekuatan. Seorang Islam tidak lemah dan beku.
Pada hakikatnya, Islam memandang berat soal kekuatan dan dengan
terus terang menuntut agar mencari sebab-sebab yang membawa kepada kekuatan, firman Allah :
‘Dan siapkanlah apa saja kekuatan yang kamu sanggupi’. (S 8:60)
Rangkaikata Al-Quran ini datang dalam suatu bentuk yang sangat
menarik dan umum, mencakup seluruh jenis kekuatan, sama ada kekuatan itu boleh dicapai semasa turunnya Al-Quran atau pada masa-masa kebelakangan.
Tuntutan persediaan kekuatan dalam ayat ini adalah merupakan satu tuntutan wajib. Oleh yang demikian ummat Islam adalah wajib menyediakan sebab-sebab untuk menjadi kuat sedaya mampu, sesuai dengan masa dan tempat. Kekuatan tidaklah terbatas kepada kekuatan senjata, malah melewati batas ini hingga merangkumi semua perkara yang boleh menjadikan seorang Islam itu kuat, seperti ilmu pengetahuan, kekayaan, perusahaan dan lainnya.
Apabila tiap-tiap Muslim itu kuat, ummat Islam secara keseluruhan akan menjadi kuat. Oleh kerana untuk mencari dan mencapai kekuatan di zaman moden ini memerlukan kepada daya usaha, ilmu pengetahuan; menyediakan pelbagai bentuk, cara dan wasilah; mempelajari segala jenis perusahaan dan berbagai jenis ilmu seperti ilmu kimia dan fizik. Ini meliputi bidang mendirikan fabric dan industri, melakukan percubaan-percubaan dan mempelajari ilmu
pengetahuan yang telah dicapai oleh orang bukan Islam dalam bidang kebendaan. Oleh kerana pencapaian kekuatan adalah bergantung kepada perkara-perkara ini, maka kita mengatakan bahawa mempelajari perkaraperkara tersebut adalah menjadi fardhu kifayah kepada ummat Islam. Dengan kata lain haruslah ada di kalangan ummat Islam suatu bilangan yang cukup untuk menunaikan tanggungjawab mencari sebab-sebab yang membawakan
kekuatan yang seharusnya ada pada ummat Islam. Hal ini kita katakan sesuai dengan kaedah fikah yang mengatakan:
‘Bila kesempurnaan sesuatu yang wajib terhenti kerana wujudnya suatu perkara yang lain, maka perkara tersebut adalah juga wajib’.
Selain dari itu kekuatan jiwa, anggota dan kekuatan akal adalah termasuk dalam pengertian kekuatan yang harus ada pada ummat Islam. Oleh yang demikian tiap tiap Muslim wajiblah mencari dan melakukan perkara-perkara yang dapat memberikan kekuatan kepada beliau. Kekuatan jiwa dapat dicapai dengan iman; kekuatan anggota dapat dicapai dengan senaman, menunggang dan lainnya, kekuatan akal pula dicapai dengan ilmu. Lantaran inilah Mursyid telah mewasiatkan beberapa perkara yang dapat memberi kekuatan jiwa, badan dan akal saudara. Saudara haruslah menyedari bahawa kebenaran memerlukan kekuatan yang dapat mempertahankannya.
Ini adalah sunnah Allah dalam hidup. Lantaran itu Islam tidak mengabaikan soal kekuatan malah menuntutnya demi untuk menjaga dan mempertahankan kebenaran yang dibawanya. Jika kita mengatakan bahawa menyediakan kekuatan itu suatu perkara pasti dan wajib pada masa silam, maka kepastian dan kewajipan itu lebih penting dan menonjol di zaman moden ini. Kerana ummat Islam hari ini tidak ubah seperti sekeping serpihan roti yang dikerumuni oleh semut. Bangsa-bangsa dan ummat yang mengerumuni ummat Islam ini tidak akan dapat diusir dan disingkirkan kecuali dengan kekuatan dan kita jamaah Ikhwan Muslimun sebagai duat (pendakwah) kepada
jalan Allah, sebagai barisan depan bagi ummat yang beriman, barisan yang ingin menyedarkan ummat Islam, amat memerlukan kekuatan yang membolehkan kita mencapai matlamat ini.
Kekuatan kita ini haruslah terjelma dalam bentuk kekuatan persediaan, iman, ilmu dan kekuatan tanzim (organisasi). Selagi
kekuatan ini tidak dapat mengatasi kekuatan jamaah-jamaah yang bathil kita tidak akan dapat mencapai matlamat kita. Oleh yang demikian kita haruslah mempertanggungjawabkan diri kita masing-masing untuk mewujudkan kekuatan ini dan Allah akan menolong kita jika kita berusaha mencarikan sebabsebab yang membawakan kepada kekuatan ini.

6. Islam adalah rahmat.
Rahmat yang dimaksudkan oleh Mursyid di sini ialah perasaan lemahlembut dalam hati yang mendorong manusia untuk menolong orang-orang lemah dan berhajat, atau memaafkan orang yang tersilap, tidak melakukan tindak-balas terhadap perbuatan jahat orang lain dan merasakan simpati di atas bencana yang menimpa orang lain.
Sifat-sifat ini akan merupakan akhlak yang tinggi jika digunakan pada tempat yang sewajarnya. Sifat rahmat dan belas kasihan hanyalah wujud dan berfungsi sewaktu ianya dapat menolong pelaksanaan hukum-hukum Allah. Dalam menghukumkan mereka yang melakukan jenayah zina Allah berfirman:
‘Sebatlah lelaki dan perempuan yang melakukan zina seratus rotan. Janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu dari (menjalankan) agama Allah.” (S. 24:2)
Demikianlah juga pada hukum-hukum yang lain. Perasaan rahmat dan
belas kasihan tidak seharusnya diberikan kepada musuh Allah, musuh yangm menjadi batu penghalang di jalan Allah sekalipun mereka itu terdiri dari keluarga yang hampir. Lantaran inilah kita lihat para sahabat yang mulia telah memerangi ayah, bapa saudara, anak saudara dan keluarga mereka yang akrab dalam peperangan Badar, Uhud, Khandak kerana mereka musuh Allah yang menjadi batu penghalang di jalan Allah.
Perbuatan seseorang yang menyakitkan kita adalah digalakkan supaya
dimaafkan. Kemaafan yang diberikan oleh seseorang sedangkan beliau berupaya melakukan tindakbalas adalah dianggap sebahagian daripada rahmat. Rahmat dan belas kasihan haruslah diberikan kepada mereka yang lemah, miskin, mereka yang terpisah dari keluarga, orang-orang sakit, orang tua dan orangorang yang berhajat kepada bantuan dan pertolongan. Perasaan rahmat dan belas kasihan haruslah wujud di kalangan Ikhwan Muslimin sewaktu mereka
membentuk masyarakat Islam dan berusaha mencorakkannya dengan corak Islam. Perasaan ini haruslah wujud di kalangan mereka baik secara diam-diam atau terang-terangan, tetapi kita lebih mengutamakan secara diam diam.

7. Islam adalah keadilan
Keadilan yang dimaksudkan oleh Mursyid di sini ialah memberikan hak
kepada mereka yang berhak dengan tidak berlaku sebarang kekurangan, kerana keadilan wajib diberikan kepada semua insan, baik Muslim atau kafir, musuh atau kawan, keluarga atau bukan keluarga. Allah berfirman:
“Dan jangan kebencian terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (S 5:8)
Keadilan akan berlaku melalui hukuman dan kehakiman, juga berlaku
dengan pujian, sanjungan, celaan, kritik dan kecaman. Keadilan boleh berlaku dalam keadaan redha atau marah. Bukanlah adil jika saudara berlaku kejam sewaktu saudara menghukum antara dua orang, saudara juga tidak berlaku adil sewaktu saudara berlebihan memuji orang yang tidak berhak menerima separuh daripada pujian yang saudara berikan. Bukanlah adil jika saudara berlebihan mengecam seorang yang tidak berhak menerima satu persepuluh dari kecaman
saudara. Bukanlah adil jika saudara memuji semasa suka dan mengeji semasa benci. Bukanlah adil jika saudara berlaku kejam terhadap mereka yang bukan keluarga saudara atau musuh yang menyakiti saudara, sedang saudara menutup pandangan dari perbuatan keluarga, kawan dan orang yang berlaku baik kepada saudara.

8. Islam adalah pengetahuan.
Islam adalah pengetahuan sebagaimana yang dikatakan oleh Mursyid
adalah bermaksud bahawa menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat kepada kita dengan Qadar yang mencukupi adalah sebahagian dari ajaran Islam.
Islam tidak melarang seseorang muslim meluaskan ilmu pengetahuannya tentang kejadian alam, perusahaan dan pelbagai ilmu kebendaan yang lain yang termasuk dalam pengertian pengetahuan. Pengetahuan yang dapat menjadi bekalan manusia dalam usaha memajukan bumi dan menggunakan kekayaannya dengan baik; pengetahuan yang dapat menolong manusia dalam membongkar rahsia alam yang tersembunyi. Tetapi sewaktu manusia meluaskan
ilmunya dalam perkara-perkara tadi beliau haruslah mengingati Allah yang memberikan akal dan fikiran yang waras kepadanya, Allah menjadikan alam ini dalam keadaan mudah digunakan manusia. Pengetahuan yang diperolehinya haruslah bertujuan mencari kebajikan dan keredhaan Allah.


to be continued..

1 comment:

Anonymous said...

This opened my eyes!
Hopefully will do the same to you!
Please see before you judge!

ZEITGEIST: ADDENDUM

http://www.zeitgeistmovie.com/

Money as debt

http://www.youtube.com/watch?v=vVkFb26u9g8

project camelot magnetic motor

http://www.youtube.com/watch?v=hkgyY47duCM

Importante please pass forward