Oleh Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat
Setelah berhempas pulas memujuk bosnya untuk berundur, akhirnya Najib berjaya. Kegagalan Umno/BN dalam PRU ke-12 banyak membantu menekan Presidennya untuk melepaskan jawatan. Tarikh 3 April genap setahun Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke enam Malaysia. Abjad keramat RAHMAN menyebelahinya.
Malangnya RAHMAN juga mengingatkan hati kecilnya bahawa beliau adalah Perdana Menteri terakhir kerajaan Umno/BN. Bezanya hanyalah samada seperti 23 tahun Mahathir ke atau hanya satu penggal seperti Pak Lah. Ini yang menjadi igauan yang menghantui jiwanya dan kerap menerjah pemikirannya.
Pun begitu yang jelasnya, laluan tahun pertamanya tidak mudah. Calang-calang orang tak boleh survive. Memanglah bagai dek kata. Hanya pemimpin yang memilikki ‘the extra-mile’ atau nafas panjang. Penulis sedia menerima bahawa Najib ada benda itu. Kalau tak banyak, sedikit.
Sewajarnya Najib lebih bersedia, sebab dia memang sangat berhajat untuk menjadi orang nombor satu negara. Isterinya lebih-lebih lagi. Dalam suasana negara yang terus-terusan berdepan dengan kebejatan dan krisis yang hampir sempurna dalam segala seginya, Najib semacam dilihat tidaklah berapa siapsiaga. Penulis akan huraikan.
Penulis terdahulu ini telah berbaik sangka dengan Najib untuk membuktikan kehebatannya. Betul. Sebabnya Najib telah menjadi PM, mahu atau kurang mahu diterima umum, segalanya berpusat dengan dirinya. Dalam mengemudi negara, dia wajar ‘in control’ atas semua perkara. Dia tidak punya lagi ‘boss’ kecuali ada yang kata YABhg itulah. Tapi itu lebih gurauan.
Najib bertuah kerana tidak seperti Pak Lah yang kerap dikritik dan dicemuh oleh bos lamanya, Tun. Najib pula hanya perlu mengatasi dirinya untuk terus mengungguli segalanya.
Nah kini setelah genap 365 hari berlalu, Najib terpaksa membuka buku rekodnya untuk dinilai dan dibaca oleh semua. Kita perlu jujur seperti juga kita perlu adil dalam melakukan penilaian ini. BACA SELANJUTNYA
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment