Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, April 05, 2010

Apa jadah namanya itu SPR, jika bukan kempen?

Pendikar Gunung
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.

"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.(Sumber: mStar)

PGK: SPR kata tak boleh kempen..tak boleh kempen....tak boleh kempen? Salah dengar kah saya, SPR kata tak boleh kempen hingga hari penamaan calon? Habis yang setiap kali berita di TV ada cerita mempromosikan Najib dan kerajaan BN itu apa ke jadah namanya jika bukan kempen?

Habis yang akhbar-akhbar arus perdana sudah mula memburuk-burukkan PR itu, apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Dan agensi-agensi kerajaan sudah mula turun padang ke Hulu Selangor, apa namanya itu, jika bukan kempen?

Apakah makna kempen itu hanya terhad kepada ceramah yang diadakan kepada orang ramai? Apabila kerajaan mengadakan pelbagai kempen, misalnya kempen kesedaran H1N1, kempen mencegah denggi dan sebagainya mengapa semua aktiviti termasuk hiburan dan sukan juga dikategorikan sebagai kempen?

Dan satu lagi yang Najib kelmarin ronda hampir satu Hulu Selangor, rasmi majlis itu dan majlis ini dan berucap berdegar-dengar nak panggil apa tu, jika bukan kempen?

Kalau SPR benar-benar ikhlas, tolong beritahu RTM dan pengurusan TV swasta serta akhbar arus perdana supaya jangan berkempen untuk BN.

SPR juga tolong jaga mulut PM dan menteri-menterinya supaya jangan turun padang ke Hulu Selangor awal sangat, kerana penamaan calon belum bermula lagi. Tak acilah, ada yang boleh berkempen, ada yang tak boleh!

No comments: