KANGAR - Mantan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) mendakwa wujudnya perasaan takut atau "fear factor" di kalangan kakitangan kerajaan di Perlis untuk mendampingi beliau.
Kata beliau, perkara tersebut berlaku kerana ada pihak tertentu di dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk pegawai-pegawai Menteri Besar yang melarang atau menegur penjawat awam termasuk wakil rakyat di negeri ini untuk berhubung atau berbaik-baik dengannya.
"Saya percaya 'fear factor' ini dimulai dari Penasihat Menteri Besar sampai pegawai-pegawai kerjaan pun takut nak jumpa saya. Menteri Besar tak marah tapi puak-puak di sekeliling dia yang buat macam tu.
"Depa buat seolah-olah Shahidan ni menakutkan. Saya ada menghantar orang pergi umrah tiap-tiap bulan , tapi kerana 'fear factor' ini ada pula yang menolak pelawaan saya untuk pergi umrah. Sampai nak pergi Mekah pun ada orang takut, Ya Allah Ya Tuhanku sampai tahap tu, apa nak jadi ni? Ada yang nak pi takut sebab ni tawaran dari Shahidan," katanya semasa berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan tambahan Yang Pertama (2009) Tahun 2010 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 6 April lalu.
Dalam ucapannya, Shahidan turut mendakwa ada di kalangan pimpinan Umno Perlis yang menjaja bahawa Menteri Besar sekarang sedang membayar hutang yang beliau tinggalkan semasa menerajui negeri Perlis dahulu.
"Ni ada Ketua Wanita celupar yang dok pi jaja kata Md Isa dok bayar hutang. Hutang apa? Dia kata Shahidan buat hutang, kalau nak kira Shahidan bawa masuk duit lagi banyak.
"Minta tong perbetulkan puak-puak yang menceluparkan mulut kata saya buat hutang. Hangpa hutang aku lagi ada. Kalau pembangkang cakap macam tu tak apa, tapi ni orang Umno," ujarnya lagi.
Selain itu dalam ucapannya juga, Shahidan banyak membangkitkan peranan Penasihat Menteri Besar (Dato' Razi Sheikh Ahmad) yang dilihat sebagai orang yang berada di sebalik tabir pemerintahan Dato' Seri Md Isa Sabu .
"Jangan wujudkan keadaan yg boleh keruhkan suasana, kalau dia (Razi) ikhlas biarlah Menteri Besar mentadbir sendiri kerajaan negeri. Pernah dalam dalam ucapannnya di satu majlis dia kata Md Isa ni ok tapi pelan sikit.Bagilah keadilan supaya Menteri Besar boleh mentadbir sendiri," tegasnya.
Md Isa bagaimanapun, semasa menggulun perbahasan pada 7 April menafikan wujud 'fear factor' dalam kalangan penjawat awam termasuk wakil rakyat di negeri ini.
“Tiada 'fear factor'. Sekarang ini bukan saya yang menakutkan tetapi saya ditakutkan. Saya tidak pernah cop mana-mana pihak kerana mahu menjaga hubungan sesama manusia walaupun berbeza pendapat dari dalam atau luar parti.
Saya juga tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk pergi menunaikan umrah yang ditaja oleh pihak tertentu kerana ia adalah urusan agama yang tidak wajar dipolitikkan,” katanya.
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bukan sebab "fear factor" ... tapi sebab "meluat factor" orang kat dia....
Post a Comment