Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, June 02, 2009

SPM 10 subjek:Subjek agama dipinggirkan?


‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan subjek dalam SPM kepada 10 subjek sahaja kelihatan keputusan yang tergesa-gesa tanpa mengambil pendapat semua pihak.

Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan.Subjek Pendidikan Islam juga akan diserapkan sebagai matapelajaran elektif sebaris dengan subjek elektif yang lain berbanding dahulunya ia adalah subjek teras yang wajid diambil oleh setiap pelajar beragama Islam.

Subjek-subjek lain juga seperti Syariah Islamiah, Al-Quran Dan As-sunnah dan Bahasa Arab Tinggi merupakan subjek-subjek tambah nilai kepada pelajar aliran agama.

Peminggiran subjek-subjek agama ini akan merugikan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah agama di seluruh negara.

Selain daripada itu, subjek-subjek teras Sains seperti Biologi yang merupakan subjek pilihan kedua kepada Fizik di kalangan pelajar-pelajar juga mungkin terpinggir melalui keputusan terbaru kerajaan ini. Subjek-subjek non-technical seperti Prinsip Akaun, bahasa-bahasa antarabangsa dan seni lukis juga bakal terjejas.

Pembentukan generasi muda yang serba boleh (well-rounded) bakal terbantut dengan pengkhususan akademik bermula seawal SPM. Pelajar aliran Sains-Agama atau Sains-Sastera bakal berkurangan dari masa ke masa.

Alasan kerajaan yang mahukan guru lebih fokus kepada subjek teras juga kelihatan dangkal kerana guru-guru telah pun membuktikan kemampuan mereka dalam membantu pelajar berjaya dengan cemerlang dalam SPM.

Selain daripada itu, kita percaya pemerkasaan insitusi perguruan adalah penyelesaian lebih praktikal berbanding pengehadan subjek-subjek dalam SPM.

Semoga kerajaan dapat membuat kajian lebih menyeluruh mengenai keputusan terbarunya ini.

No comments: