Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, June 09, 2009

Pemuda PAS rela menjadi 'buruh kasar' parti - Nasrudin Tantawi

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Demi mencapai matlamat PAS yang memperjuangkan agama Allah dan mendukung gagasan 'Islam Memimpin Perubahan', Pemuda PAS sedia menjadi 'buruh kasar' dan pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut .

Demikian antara kata-kata penuh semangat Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasruddin Tantawi dalam tulisan di dalam blog peribadinya hari ini.

"Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS. Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan.

"Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang , berdakwah dan berpolitik . Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka," katanya.

No comments: