Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, June 11, 2009

Al-Fatihah... Ketua Penerangan PAS Arau kembali ke Rahmatullah

SIMPANG EMPAT - Takdir Allah s.w.t mengatasi segalanya. Begitulah yang terjadi apabila hasrat Ketua Penerangan PAS Kawasan Arau, Hussein Jamil, 60, untuk menjadi perwakilan ke Muktamar PAS buat kali pertama tidak kesampaian.

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 5 Jun lalu iaitu hari perasmian Muktamar PAS kali ke 55 di Stadium Melawati, Shah Alam.

Hussein yang dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Arau selepas pemilihan parti Alril lalu, tiba di rumah penginapan PAS Perlis di Seksyen 19 Shah Alam pada malam 4 Jun lalu bersama-sama dengan Yang Dipertua PAS Arau, Rus'sele Eizan.

Kira-kira jam 2.00 pagi beliau mengadu sesak nafas dan dibawa oleh ke Salam Specialist Center sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 3.20 pagi.

Menurut Rus'sele, Hussein menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan subuh sedang berkumandang.

Jenazah dibawa pulang pada hari itu juga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Simpang Empat.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Karim Md Rejab serta beberapa orang sahabat perwakilan dari Perlis turut hadir menziarahi jenazah Allahyaraham sebelum dibawa balik ke Perlis.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan sebelum berhenti dan menjalankan perniagaan sendiri. 

Selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan, beliau hanya sempat mengendalikan satu program iaitu menjadi pengerusi ceramah penerangan yang turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar pada 27 Mei lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

1 comment:

Kokurikulum semeseter 2 said...

semoga engkau tergolong dalam kalangan syuhada...