Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, June 22, 2009

Haram ubah jantina Muhammad Nabil Mustaqim - Mufti Perlis

KANGAR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berharap Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake, 10 bulan, yang dilahirkan tanpa alat kelamin dikekalkan jantinanya sebagai seorang lelaki.

Katanya mengikut hukum fekah, secara zahirnya bayi itu adalah seorang lelaki berdasarkan pengamatanya dan haram untuk mengubah jantinanya.

Sebelum ini, bapa bayi itu, Rodzake Namis, 35, berhasrat menukar jantina anaknya demi menjamin masa depannya apabila dewasa kelak.

Juanda yang ditemui di rumah keluarga bayi itu di Kampung Batu Lima, dekat sini, berkata, masalah baru akan dihadapi bayi itu jika jantinanya ditukarkan selain ia merupakan perbuatan yang diharamkan oleh agama Islam.

Katanya hasil ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) juga mengesahkan jantina Nabil adalah lelaki.

Bayi yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini bukan sahaja tidak memiliki alat kelamin tetapi juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.

Ketika ditanya mengenai khunsa (mempunyai dua alat kelamin), Juanda berkata perkara itu perlu dilihat secara teliti dan dalam kes ini, bayi berkenaan bukan dalam kategori itu.

"Sekiranya seseorang bayi dilahirkan sebagai khunsa, suatu tempoh diperlukan sebelum melihat organ sulit mana yang aktif sebelum ditentukan sifat dan kecenderungannya," katanya. BERNAMA

No comments: