KANGAR - Kerajaan perlu memberikan penekanan terhadap pembangunan insan di negeri ini, kata Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang).
Berucap membahaskan Bajet Perlis 2011, beliau mengambil pandangan Abul A'ala Maududi sebagai peringatan kepada sidang dewan.
"Kita ambil pengajaran dari pandangan Al-maududi dalam menilai pembangunan yang bukan sekadar diasaskan kepada kebendaan semata-mata. Nilai kebendaan itu bukanlah satu pembangunan tetapi merupakan hasil dari pembangunan.
"Pembangunan insan terbina bila seseorang itu mempunyai fikrah asasiah yang dapat menjawab dengan tepat liam persoalan iaitu; Siapa yang jadikan kita?, Kenapa Allah jadikan kita?, Apa tugas dan tanggungjawab kita?, Apa hubungan kita dengan alam dan Ke mana kesudahan kita,"jelasnya.
Katanya lagi, jawapan ini hanya ada dlam syariat Islam yang beteraskan Al-Quran dan As-sunnah.
"Oleh itu, apakah yang kerajaan boleh buat tetang ini? Untuk pembinaaan insan, jika perkara ini dapat diselesaikan, maka terhindarlah seseorang dari sebarang bentuk penyelewengan, rasuah dan sebagainya," katanya.
Selai itu, Ustaz hashim turut menegur rancangan televisyen yang dipenuhi dengan unsur-unsur tahyul serta hiburan yang melampau.
"Kita hairan kenapa tv asyik tunjuk cerita-cerita hantu yang mendapat sambutan, begitu juga rancangan hiburan yang melampau, hedonisme. Bagaimana kita nak bina insan dalam suasan yang macam ini?
"Jadi sudah tentu kita boleh suarakan bahawa Dewan Undangan negeri Perlis melahirkan kekesalan di atas tayangan-tayangan filem yang membawa keruntuhan moral dan akhlak di atas semangat yang boleh menjiwai keinsanan seseorang itu," katanya.
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment