KANGAR - Bajet 2011 Negeri Perlis yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu dilihat tidak mempunyai perkara yang baru, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Berucap membahaskan bajet, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang berkata hasil penelitiannya, tujuh strategi yang dibentangkan Md Isa itu adalah strategi lama yang diulang-ulang.
"Apa yang menarik perhatian saya, walapun strategi ini tidak ada satu yang baru yang boleh kita rasai satu perubahan yang besar akan dilaksanakan kerajaan negeri, tapi kita yakin dengan peningkatan usaha kita akan dapat juga merasai satu yang baru," katanya.
Mengulas perkara yang sama, Rus'sele Eizan (PAS- Simpang Empat) juga melihat bajet Perlis 2011 masih berada pada tahap yang lama tanpa sebarang lonjakan yang baru.
"Saya tak nampak benda baru pun, macam yang dulu juga. Bejaet yang dibentangkan meningkat dari tahun lepas, kerajaan pula mensasarkan hasil yang lebih tinggi, tetapi defisitnya tetap juga bertambah.
"Jika keadaan sebegini, saya rasa sasaran untuk menjadikan negeri Perlis sebagai negeri maju pada tahun 2015 masih jauh untuk dicapai kerana kita tak nampakpun usaha yang lebih jitu ke arah itu,' jelasnya.
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment