Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, December 17, 2010

Pesawah dakwa berlaku penyelewengan bantuan banjir

KANGAR – Berikutan dakwaan wujudnya penyelewengan agihan bantuan banjir kepada para penanam padi oleh pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), beberpa orang penanam padi membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Dakwaan ini timbul ekoran kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yag mengumumkan peruntuan bantuan ihsan penanaman semula padi dinaikkan kepada RM876.00 sehektar daripada RM573.00.

Perdana Menteri berkata jumlah baru itu diberikan kepada petani yang sawah mereka dilanda bencana banjir November lepas.

Dalam satu majlis di Kedah, Najib telah menyerahkan RM13.5 juta kepada Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Mohamad Isa Sabu.

Bagaimanapun para petani di kawasan Dun Kayang dekat sini mendakwa mereka hanya diberikan bayaran antara RM50 hingga RM250 bagi kerosakan tanaman padi pada keluasan yang sama iaitu satu relong.

Wakil petani, Abdul Raof Ismail berkata, mereka merasakan tertipu dan mengesyaki wujudnya unsur-unsur penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak Mada dan Ketua Unit dalam agihan wang ihsan bantuan banjir tersebut.

"Kami dipanggil ke Mada kawasan Kayang untuk menerima bantuan banjir, tetapi inilah yang kami perolehi untuk serelong kawasan tanaman padi iaitu antara RM50 hingga RM250.

"Selepas itulah baru kami diberitahu bahawa bayaran dibuat mengikut peratusan kersakan padi. Tapi yang kami syaki berlaku penyelewengan kerana pihak ketua unit tak pernahpun mengunjungi kami untuk membanci kerosakan padi, tiba-tiba dah ada cek bayaran," jelasnya.

Jelasnya lagi, laporan SPRM dan polis dibuat supaya pihak bewajib membuuat siasatan dan pihak yang berkenaan seperti Mada, kerajaan negeri dan pusat membuka mata berkenaan rungutan dan kesusahan rakyat.

Laporan dibuat di SPRM cawangan Perlis, di Banguana Persekutuan di sini. Sejurus membuat laporan SPRM mereka kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kontinjen Kangar.

Hadir sama mengiringi mereka, Ketua Pemuda PAS Perlism Ustaz Ya'aakub Abu Seman.

Sebelum ini, terdapat juga bantahan dibuat oleh petani di luar pekarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kerana tidak berpuas hati dengan Mada yang didakwa tidak menepati janji dalam memberikan bantuan banjir.

Kira-kira 20 orang petani berhimpun di situ ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis berlangsuung 15 Disember lalu. Kehadiran mereka disantuni mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim serta Exco Pertanian, Sabry Ahmad.

2 comments:

Anonymous said...

Saya antara petani yang menerima bnatuan kerosakan padi akibat banjir di kawasan Kayang. DI hari penerimaan bantuan, pihak MADA turut meminta RM2 dari penerima2 cek atas alasan "bayaran untuk buka palang cek'. Bayangkan berapa keping cek yang dikeluarkan X dengan RM2 = ? RM. Wah makin kayalah MADA KAYANG ya...

Anonymous said...

Setakat yang saya tahu pihak bank akan mengenakan caj RM2 untuk setiap cek yang dibuka palang untuk ditunaikan dikaunter.RM2 ini akan didebit dari akaun pengeluar cek.Sebab itulah MADA mengutip bayaran RM2 tu