KANGAR - Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis (DUN) hari ini menyaksikan Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) menyifatkan pengurusan bencana banjir di Perlis baru-baru ini gagal, selain menuduh Menteri Besar, Dato' Ser Dr Md Isa Sabu menipu ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan olehnya.
Pada sesi soalan lisan pagi tadi, Md Isa menjawab serentak enam soalan yang dikemukakan oleh Shahidan dan empat orang lagi ahli dewan berkaitan banjir yang melanda Perlis baru-baru ini.
Soalan panjang yang dikemukakan Shahidan memohon jawapan dari pihak kerajaan nama pengelola di 25 pusat pemindahan banjir.
Shahidan yang bangun membuat soalan tambahan berkata jawapan Menteri Besar ada yang benar dan ada yang bohong.
"Mengapa ada nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang tidak disebutkan namanya. Pengurusan banjir pada kali "totally failed", banjir dah berlaku beberapa hari tapi mengapa pada 3 November baru dapat bantuan, sebelum itu siapa yang keluarkan bantuan?," soalnya.
Md Isa kemudiannya menjelaskan bahawa jawapan yang diberikannya tadi adalah berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya.
Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) kemudiannya turut memberikan pandangan dengan menyatakan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Menteri Besar perlu juga menyebut pihak-pihak tertentu yang turut membantu mangsa banjir seperti Yayasan Pok dan Kassim (milik Shaidan) dan parti-parti politik.
Md Isa menjelaskan bahawa, semua yang memainkan peranan semasa banjir tempohari telah dirangkumi dalam jawapannya di bawah kategori 'sukarelawan'.
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment