Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Sunday, May 24, 2009

10 kepimpinan baru dilantik dalam mesyuarat sulung perhubungan Umno Perlis

KANGAR: Bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, semalam dilantik Ketua Penerangan Umno negeri, sekali gus menyertai barisan 12 kepimpinan baru Badan Perhubungan Umno Perlis.

Pengumuman pelantikan Radzi yang juga Ahli Parlimen Kangar bersama 10 yang lain dibuat Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat sulung Perhubungan Umno negeri buat pertama kali, selepas menyandang jawatan terbabit, pada 24 April lalu.
Selain Radzi, Md Isa turut mengumumkan pelantikan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menganggotai senarai Ahli Jawatankuasa (AJK) Perhubungan Umno negeri, selepas memiliki kelayakan automatik sebagai Ketua Umno bahagian Arau.

"Sementara itu, Ketua Umno bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula dilantik secara automatik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, berdasarkan keputusan dibuat Majlis Tertinggi (MT) yang bersidang pada 24 April lalu.
“Bagaimanapun Shahidan dan Zahidi tidak hadir ketika mesyuarat semalam.

"Turut dilantik menganggotai senarai AJK ialah dua Exco kerajaan negeri iaitu Mat Rawi Kassim yang juga AJK Umno bahagian Padang Besar sebagai Setiausaha serta Datuk Seri Syed Radzlan Syed Putra Jamalullail yang juga AJK Umno Bahagian Arau, selaku Bendahari," katanya.

Sementara itu, Md Isa berkata, bagi tujuh kerusi AJK, selain Shahidan enam lagi kekosongan diisi masing-masing dua wakil daripada tiga sayap pergerakan parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri.

"Dua wakil daripada Wanita ialah Ketua Wanita Umno negeri, Rela Ahmad dan Ketua Wanita Padang Besar, Mariah Abdullah, manakala wakil daripada Pemuda pula ialah Bendahari Pengerakan Pemuda yang juga Ketua Pemuda Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman serta Ketua Pemuda negeri, Mohsin Yusof.

"Selain itu, turut dilantik menganggotai AJK ialah dua wakil daripada Puteri iaitu Ketua Puteri negeri, Asmaiza Ahmad dan Ketua Puteri Kangar, Huzaini Hamid," katanya.

No comments: