KANGAR - Pemimpin Umno/BN haruslah memohon maaf dan bersifat malu dengan perbuatan mereka merampas kuasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak Februari lalu.
Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim berkata Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab ke atas peristiwa rampasan kuasa itu perlu menginsafi bahawa perbuatannya itu sebenarnya telah membelakangi undang-undang.
"Beliau menyatakan institusi perundangan itu adalah adil. Kenyataan ini hanyalah mahu membersihkan imejnya yang buruk kerana perbuatan merampas kuasa dulu berselindung di sebalik ugutan dan rasuah.
"Baru-baru ini semasa kekecohan di sidang DUN Perak, Najib menyatakan Adun Pakatan tidak hormati undang-undang, tapi perbuatan merekalah yang sebenarnya membelakangi undang-undang. Mereka haruslah malu dengan perbuatan itu kerana ternyata keputusan mahkamah hari ini berpihak kepada pihak yang benar,"ujanya.
Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dalam kemelut politik yang melanda negeri Perak, Nizar telah digugurkan dari jawatan Menteri Besar Februari lalu.
No comments:
Post a Comment