Hajjah Latifah Mat yang juga Ketua Dewan Muslimat Kawasan Arau telah dipilih sebagai Ketua yang baru secara syura.
Begitu juga dengan jawatan Timbalan dan Naib Ketua, pemilihan turut dibuat secara syura.
Hajjah Haton Osman dipilih sebagai Timbalan Ketua dan Ummu Aiman Salleh pula dipilih sebagai Naib Ketua.
Sementara itu, Dewan Ulamak PAS Perlis yang mengadakan Muktamar di tempat yang sama Sabtu lalu mengekalkan ketiga-tiga jawatan tertinggi sayap parti itu.
Pada Muktamar kali ke-34 Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Abdul Rashid Abdul Rahman kekal sebagai Ketua dan akan dibantu oleh Ustaz Khalil Adnan sebagai Timbalan Ketua dan Ustaz Salleh Adam sebagai Naib Ketua.
1 comment:
Kepada AJK yang baru ,
Tahniah dan selamat berjuang. Jawatan adalah amanah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin.
Ketua yang dulu apa khabar????
Post a Comment