Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, December 31, 2009

Apa sangatlah Enjin F5E bernilai RM50 juta

Surat Pembaca: Kiriman Tok Ngah (tokngah68@yahoo.com)

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kehilangan enjin Jet F5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) bernilai kira-kira RM50 juta.

Bagi sesetengah orang yang tahu, mengambil tahu dan membuat kajian atau analisa mereka pula menyatakan setiap jet F5E mempunyai sepasang enjin. Jadi untuk setiap satu jet, mesti ada dua buah enjin yang disimpan.. (untuk selenggaraan berjadual, overhaul dan sebagainya kena ganti kedua-dua enjin sekali).

Tak tahulah banyak mana wang rakyat depa dah rembat???

Analisis Tok Ngah:

1. Bagi orang yang terlebih kaya: RM50juta tu celah gigi je...
2. Bagi orang miskin: RM50 juta tu??? Tak terfikir le... Nak cari RM10 pun susah
3. Bagi kerajaan negeri Perlis : RM50juta hampir nak sama dengan anggaran belanjawan untuk pembangunan negeri tahun 2010 sebanyak RM55.71 juta.
4. Bagi Christiano Ronaldo : Tak sampai pun gaji aku setahun (Anggaran 180,000 paun sterling seminggu)
5. Bagi kontraktor Umno: RM50 juta mana cukup nak siapkan sebuah bangunan...kena ada extra cost... Nak buat camno dah kena "pau" keliling dek pemimpin...Kalau tidak bangunan boleh runtuh..(Apa nak susah bagai alasan besi mahal..sebab negara China borong habih buat sukan Olimpik, tak pun bagitau la sebab last year minyak naik)
6.Bagi pak saudara Tok Ngah: Dia peduli apa, janji 4-5 tahun sekali Umno bagi RM50.00 + kain pelikat.. Sesekali-sekala Umno bagi beras, gula, kopi, susu... Kira okey la tu...
7. Bagi mak saudara Tok Ngah pulak: Isyy kat peti undi di kampung ni kalau semua kertas undi tu pangkah bulan mesti ada satu saja yang pangkah kati... yang tu makcik punya la..Dah 50 tahun lebih Umno berjasa dengan kita...
8. Bagi Tok Ngah: Aku debik kepala pak sedara/mak sedara aku 50 kali baru depa tahu...

Teruskan menyokong Umno/BN... mudah-mudahan lepas ni kereta polis, kapal selam, kereta kebal pun depa bagi hilang....

Umno/BN tinggalkan 2009 dengan 'kemelut politik' yang tak terungkai

WAN NORDIN WAN YAACOB


Tahun 2009 telahpun melabuhkan tirainya, pelbagai kisah suka duka mewarnai gelanggang politik dan pentadbiran negara.
Bermula dengan Januari yang penuh teka-teka samada Tun Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Dato' Seri Najib Tun Razak.
Umno/BN memulakan tahun 2009 dengan skandal rasuah besar-besaran dalam pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian-bahagiannya.

Nama Dato' Norza Zakaria dan Tan Sri Muhammad Ali Rustam amat popular dengan skandal ini menyebabkan dua individu ini 'dilarang' dari menyertai pemilihan di pusat.

Namun, selepas Najib mengambil alih Malaysia, Ali Rustam tetap kekal selaku Menteri Besar Melaka dan hingga kini masih menerajui negeri bersejarah itu.

Ramai lagi yang dikaitkan, tak terkecuali Najib dan Khairy yang mana banyak blog-blog melaporkan akan keterlibatan wakil mereka dalam membeli 'undi' dikalangan perwakilan.


Sementalahan pula, Perdana Menteri ketika itu (Abdullah) dalam keadaan yang membingungkan, dituduh sebagai seorang yang penidur, tidak bermaya dan pentadbirannya dikuasai anak menantu.
Baca selanjutnya...........

Penulis adalah wartawan kanan Harakah

Friday, December 25, 2009

Kuliah Dato' Dr Haron Din


KULIAH BULANAN DATO' DR HARON DIN

BERTEMPAT DI BALAI ISLAM MADI,

JEJAWI DALAM, PERLIS


SABTU, 26 DISEMBER 2009

SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Wednesday, December 23, 2009

Klinik 1 Malaysia dikritik

MMA slams 1Malaysia clinics

PETALING JAYA (Dec 22, 2009) : The Malaysian Medical Association (MMA) has criticised the government’s decision to implement 1Malaysia clinics which are to be manned by medical assistants and nurses, calling it "wasteful" and "illegal".

"The MMA believes such clinics in urban areas would be redundant and shortchange the rakyat," its president Dr David K.L. Quek said in a statement today.

"Furthermore, getting unregistered medical doctors to man these clinics is also wrong and undermines the healthcare service which leads to a possible poorer standard of care," he said.

Quek said the employment of medical assistants and nurses to man clinics is against the Medical Act 1971 which prohibits medical assistants from prescribing “any more than some very simple medicines”.

Last week, Bernama quoted Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai as saying the clinics would be allowed to prescribe medicine for minor illnesses like fever, cough or minor cuts and could also handle referral cases.

A total of 50 1Malaysia community clinics will begin operation next month to provide basic health treatment for urban residents.

However, Quek said there are already many “under-utilised” general practitioner clinics.
He said there are many doctors in the country but they are poorly distributed.

"If the government feels the 1Malaysia clinics have to be established, the least it could do is ensure these clinics are manned by registered medical doctors,” he said.

“The standard of medical care should not be compromised."

Prime Minister Najib Abdul Razak recently announced an allocation of RM10 million under Budget 2010 for the clinics.

Tuesday, December 22, 2009

Enjin F5E hilang... satu lagi cerita lawak...

Kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya mengenai tahap keselamatan negara.
Tapi yang lebih melawak antarbangsanya... macamana benda tu boleh hilang...
Ingat tak kes Al-Maunah di Sauk dulu... Satu stor senjata dicuri dan diangkut keluar dengan 3 buah Pajero.
Ada dua bekas tentera yang kini bertugas di Pejabat PAS Perlis berkata.... "Ini satu lagi cerita lawak dan world record".
"Kami dulu dalam askar kalau sebiji kompas hilang atau satu kelopak peluru hilang pun jenuh nak kena menjawab... Ini betul-betul cerita kartun yang semestinya melibatkan orang-orang besar".

Saturday, December 19, 2009

JOM PI DENGAG CERAMAH ISU SEMASA...


Apa yang Shahidan kata di sidang DUN?

Macam-macam yang disebut oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) pada sidang DUN Perlis baru-baru ini. Antaranya....

1. Mengusik MB Perlis dan juga Speaker dalam (maca selalu). Termasuk melawak tentang poligami. (YAB berani? Speaker berani?)
2. Turut mengusik orang di sebelahnya, Adun Mata Ayer...
3. Berkata dia antara penyumbang terbesar kepada Hospital Tuanku Fauziah.
4. Masjid Teluk Jambu orang PAS dan kuasai. Ini termasuk sebuah surau yang dulu dibina bekas Setiausaha Kerja Umno tapi kini diguna oleh PAS.
5. Saya ada banyak jasa dengan Adun Pauh.. (dulu kalau saya tak sign...)
6. Adun Pauh dan Kuala Perlis orang baru yang tak kenal lagi dengan JKKK di situ (isu JKKK tak dilantik semula)
7. Jangan dok bermusuh dengan Tun Dr Mahathir nanti jatuh.. Tengok Pak Lah.. Bukan dia yang bermusuh tapi orang-orang di sekeliling dia... MB Perlis pun bukan musuh saya tapi puak-puak pegawai Pembangunan Insan MB yang dok buat bagi jadi musuh depa musuh MB juga.
8. MB dengan Speaker bukan musuh saya. kalau musuh takkan dulu saya lantik jadi Jawatankuasa Palaburan Negeri...
9. Mencelah ucapan Adun Simpang Empat : Dulu Umno yang buat IPTIPs. Hebat hingga ada orang dalam yang bawa keluar maklumat kepada YB Simpang Empat untuk disebut dalam dewan ni...
10. 4 orang pemain bola Malaysia adalah pemain Perlis.
11. Saya tengok Beseri ni dok buat muka masam dengan saya...kemudian dia menyebut nama Mat Rawai (bukan Mat Rawi).
12. Begitu lantang memperjuangkan isu Dr MAZA. Dia kata JAIS punyai undang-undang lidah bercabang...
13. Mengungkit tentang program Ihya' Masjid yang beliau pelopori dan kini terhenti... Kalau tak dak bajet takpa, boleh ambik pencen saya untuk bagi kat Exco agama untuk teruskan program ni...
14. Membangkitkan tentan royalti minyak..Perlis pun layak..tak percaya tanya Mat Daud
15. Menyebut nama beberapa orang seperti Faizan (Majlis Perbandaran kangar) dan Mat Daud (Pengarah Tanah). Mamat ni keramat hidup..yang pi dok pindah dia buat apa?
16. Exco Agama sebenarnya tak ada yang layak duduk di situ
17. Menegur Setiausaha Kerajaan Negeri berkaitan isu pertukaran pegawai kerajaan.
18. Saya pernah pi bagi buah mempelam dekat Setiausaha Kerajaan. Dekat MB pun saya bagai...
19. Adun Pauh saya lihat terpinggir.
20. Beberapa kali memanggil Adun Sanglang dengan panggilan Iraq. (Ustaz Hashim dulu belajar di Iraq)
21. Adun Simpang Empat dulu masa dok dalam Umno dia baik. La ni dok dalam PAS dah lain pula.
22. Dia kata PAS ni depan kita cakap cukup baik tapi di belakang puak-puak ni keras kepala.
23.Macam biasa.. dia tetap menyebut tentang ceramah PAS di MADI..PAS ni kerja dok mengata kat orang...
24. Sekolah PAS di Jejawi tu bukan kita tak mahu bagi bantuan tapi buang la nama PAS.. Boh nama Sekolah Rendah Hashim Jasin pun tak pa...
25. MB Perlis bersama puak-puak dia ada buat keputusan yang silap-silap hangpa ni boleh masuk dalam. Kena ingat, saya bukan tak boleh nak pi kacau, hari-hari pun saya boleh pi SPRM..
26. Menyebut juga tentang Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan Anwar Ibrahim....
27. Shahidan kata dia saya kat PAS tapi sayang sebab PAS dok pi kawan dengan DAP.. DAP ni parti perkauman..mirip PAP di Singapura...
28. Ni paling best : (satu pengakuan tentang kehebatan PAS)... Berkaitan program Ihya' Masjid yang dijawab Exco terhenti kerana tiada bajet.... Shahidan kata PAS buat program bulkan payah tunggu ada duit pun... PAS ni kalau ada 5 orang pun dia buat ceramah macam ada 30 ribu orang...

Banyak lagi la yang dia dok merapu dalam ucapan lebih 2 jam. Kira sapu keliling la...Lepas dia "taruk cukup-cukup", esoknya dia hilang ke Laos... (Baca di sini)

Tahniah kepada skuad bolasepak kebangsaan


Dewan Pemuda PAS Perlis mengucapkan tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia yang telah berjaya merangkul pingat emas di temasya Sukan SEA di Laos.
Syabas juga diucapkan kepada empat orang anggota skuad bolasepak negara yang turut dianggotai 4 orang pemain Perlis... Ahmad Fakri Saarani, Mazlizam Mohamad, Mohd Farizal Marlias dan Amar Rohidan.
Teruskan usaha gigih memartabatkan mutu bolasepak negara.

Thursday, December 17, 2009

Perihal jag masuk dalam cawan


KANGAR - Setiap kali berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, dewan tidak terlepas dari digamatkan dengan usik-mengusik dari kalangan ahlinya.

Dalam sidang baru-baru ini, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) yang berucap membahaskan bajet Perlis 2010 turut menyentuh tentang undian 66-63 di parlimen dan menundang celahan dari Exco Kerajaan Negeri, Sabry Ahmad (BN-Santan).

Kata Sabry, di DUN Perlis keadaannya 13-2 (BN 13 orang dan PAS 2 orang), maka lebih baik yang dua orang masuk bersama-sama yang 13 orang.

"Tak semestinnya yang dua masuk dalam 13, yang 13 orang masuk dengan kami yang dua ni pun boleh," jawab Ustaz Hashim.

Sabry kemudiannya bangun mencelah lagi dengan berkata keadaan itu sama seperti cawan dimasukkan ke dalam jag dan mustahil jag hendak dimasukkan ke dalam cawan.

"Kalau kita pecahkan jag tu, bolehlah kita masukkan ke dalam cawan," jawab Ustaz Hashim lagi menggamatkan suasana dewan.

Sidang DUN Perlis: Shahidan hilang lagi....

KANGAR - Seperti meneruskan tradisinya sebelum ini, kelibat Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) tidak kelihatan pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

Dalam sidang bajet yang berlangsung dari 15 hingga 17 Disember baru-baru ini, beliau turut menghilangkan diri pada hari terakhir.

Bagaimanapun bekas Menteri Besar Pelis itu telah memberitahu Speaker DUN, Dato' Yazid Mat bahawa beliau tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa bergegas ke Laos untuk menyaksikan temasya Sukan SEA di sana.

Namun yang menghairankan, setaiap kali DUN Perlis bersidang beliau tetap tidak hadir pada hari terakhir bilamana barisan Exco kerajaan negeri dan Menteri besar akan membuat penggulungan kepada perbahasan oleh ahli dewan.

Seperti kebiasaannya, Shahidan yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari kedua telah berucap panjang dengan membangkitkan pelbagai isu.

Gelagatnya kali ini lebih hebat dengan "menyapu keliling" mana-mana individu serta isu dalam ucapannya selam lebih dua jam.

Shahidan turut membangkitkan isu penangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin dengan mempertikaikan kerajaan negeri yang tidak memberikan respon langsung terhadap isu ini.

Selain PAS yang turut menjadi sasaranya, kali ini beliau turut mempertikaikan persahabatan PAS dengan DAP yang didakwanya bersifat perkauman dan bertunjangkan parti PAS di Singapura.

Begitu juga beliau turut menyasarkan ucapannya dengan mengusik Speaker, Menteri Besar, barisan Exco dan menyebut nama beberpa orang pegawai kerajaan berkaitan isu yang beliau bawa.

"Begitulah Shahidan, dia 'taruk cukup-cukup', esok dia hilang," kata seorang Ketua Jabatan.
Sebelum ini Shahidan pernah meminta kebenaran daripada Speaker untuk tidak hadir ketika sesi penggulungan dengan pelbagai alasan.

Antaranya terpakasa ke Kuala Lumpur untuk urusan penting atau terpaksa membuat pemerikasaan mata. Ketika sesi penggulungan Sidang Bajet tahun lalu beliau juga menghilangkan diri sejenak dan mucul semula ketika bacaan kali ketiga Rang Undang-undang Perbekalan.
(Ikuti ringkasan ucapan Shahidan dalam posting selepas ini)... Tunggu...........!!!

Tuesday, December 15, 2009

Sidang DUN Perlis hari pertama: Soalan Lisan YB PAS

Soalan dari YB Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang)

1. Projek pembangunan kompleks Yayasan Islam Perlis di persimpangan Jalan Pengkalan Assam, Kangar sudah terbengkalai sejak lebih dari 10 tahun yang lalu. Sila nyatakan:

a. Perancangan kerajaan negeri bagi membangunkan semula tapak tersebut agar tidak terus menjadi hutan belukar yang menyakitkan pandangan mata.
b. Apakah status terkini kedudukan kewangan Yayasan Islam Perlis?

2. Projek menaik taraf Jalan Arau-Kodiang sudah lebih setahun terbengkalai. Tahap keselamatan di jalan berkenaan amat tidak memuaskan khususnya kepada pengguna jalanraya pada waktu malam. Ini berbeza dengan keadaan jalan yang bersambung di negeri jiran (Kodiang-Jitra) yang sudah siap dan memberi keselesaan kepada pengguna. Pohon dijelaskan:

a. Punca berlakunya masalah tersebut?
b. Langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan projek jalan tersebut dapat disiapkan segera

3. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008, semakan Audit mendapati seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 telah dengan sengaja memalsukan data peribadi 20 orang individu di dua kawasan untuk diberi bantuan am secara tunai. Kes ini berlaku bagi tempoh bulan Julai hingga Disember 2008 melibatkan bantuan wang tunai berjumlah RM16,140. Jabatan Pendaftaran Negara telah memberi pengesahan bahawa nama serta nombor kad pengenalan tersebut tidak wujud di pangkalan data mereka. Jabatan telah membuat laporan polis pada bulan Februari 2009 berkenaan penyelewengan ini setelah mendapat maklumat daripada Jabatan Audit Negara dan kes masih dalam siasatan. Sila jelaskan:

a. Apakah perkembangan siasatan kes penyelewengan ini?
b. Adakah sebarang tindakan yang telah diambil ke atas individu terbabit?
c. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan teguran-teguran audit diberikan perhatian sewajarnya.

Soalan dari YB Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat)
1. Gaji kakitangan/pekerja swasta kebersihan sekolah (tukang cuci) adalah terlalu rendah iaitu RM450.00 sebulan untuk bekerja selama 6 hari seminggu dan 9 jam sehari ( mulai jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang).

a. Apakah pihak kerajaan prihatin tentang nasib golongan ini yang mempunyai pendapatan yang tidak melepasi garis kemiskinan.
b.Apakah ada langkah-langkah yang dicadangkan untuk membantu golongan ini untuk menambahkan pendapatan mereka?
2. Pohon dinyatakan:

a.Berapakah jumlah rumah PPRT yang telah dibina di dalam DUN Simpang Empat?
b.Jumlah yang telah diluluskan dan belum dibina?
c.Apakah permohonan rumah PPRT ini masih dibuka?


3. Pohon penjelasan, apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah serangan “siput gondang emas” di kawasan tanaman padi khususnya di kawasan MADA yang sudah sampai ke tahap yang membimbangkan?

Bajet Perlis 2010: Defisit meningkat lagi

KANGAR - Bajet 2010 bagi Negeri Perlis yang dibentangkan pagi tadi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu mempunyai defisit sebanyak RM 75.6 juta.

Keseluruhan bajet yang dicadangkan ialah sebanyak RM198.41 juta, iaitu kenaikan sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2009.

Perbelanjaan mengurus dianggarkan sebanyak RM142.7 juta manakala perbelanjaan pembangunan sebanyak RM55.71 juta.

Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2010 ialah sebanyak RM67.1 juta yang merangkumi Hasil Cukai sebanyak RM11.41 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM29.6 dan terimaan bukan hasil sebanyak RM26.1 juta.

Defisit sebanyak RM75.6 juta itu adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu sebanyak RM70 juta.

Mengulas tentang bajet tersebut, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) melihat tiadanya elemen pembinaan insan yang disentuh oleh Md Isa semasa pembentangan.

Katanya, bajet tersebut seolah-olah memberikan penumpuan sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi sedangkan pembangunan yang sebenarnya perlu menekankan kedua-dua aspek rohani dan jasmani.

"Tiga strategi yang disebutkan dalam pembentangan bajet mungkin sesuai dengan tumpuan yang kerajaan negeri mahukan, tapi alangkah lebih baik sekiranya diletakkan satu lagi strategi untuk pembangunan insan di negeri ini sesuai dengan matlamat meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Begitu juga, sudut pendidikan juga tidak disentuh sedangkan kerajaan negeri mempromosikan negeri Perlis sebagai negeri ilmu," katanya.

Sementara itu, Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) pula mahu kerajaan negeri melihat secara lebih serius peningkatan defisit dalam bajet yang dibentangkan.

"Walaupun defisitnya hanya meningkat sekitar RM5 juta, tetapi sebagai sebuah negeri yang kecil dan sumber hasil yang sedikit, perkara ini perlu dipandang serius.

"Dalam bajet kali ini tiada cadangan untuk kerajaan negeri berusaha mencari sumber-sumber baru untuk mempertingkatkan hasil. Sebagai contoh melalui pelaburan luar atau sumbangan dari GLC dan sebagainya tanpa perlu bergantung kepada bantuan kerajaan pusat semata-mata.

"Kerajaan negeri juga perlu mengkaji balik mana-mana projek khususnya dalam bidang pertanian yang tidak memberikan pulangan malah menelan kos yang banyak," ujarnya ketika ditemui selepas pembentangan bajet.

Monday, December 14, 2009

Tindakan MPK tak professional: Pemuda PAS Perlis

KANGAR - Pemuda PAS Perlis mlahirkan rasa kesal di atas tindakan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang menarik balik kelulusan penggunaan pentas Dataran Kangar 350 pada saat akhir untuk tujuan penganjuran konsert hiburan alternatif pada 14 Disember lalu.

Konsert "Selagi Ada Rindu" anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Perlis itu bakal menampilkan Pak Long atau Syafiee Ahmad, komposer lagu Al-Jannah dan Cinta Pantai Merdeka sebagai artis jemputan utama.

Selain itu, konsert ini bakal menyaksikan penampilan Juara Bintang Kecil, Adik Azidi; P.Ramlee Perlis serta Aziz "Mas Mona".

Program ini berkonsepkan hiburan alternatif untuk mengakhlakkan seni di samping mendidik golongan reamaja agar bebas dari unsur-unsur negatif dan gejala sosial.

Konsert secara percuma ini merupakan salah satu siri program DACS bagi mendekati golongan muda dalam siri program "Orang Muda Geng Kita".

Dalam sidang media yang diadakan, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan tindakan MPK ini adalah tidak professional memandangkan kelulusan telah diberikan pada 2 Disember lalu.

"Kita kesal kerana MPK selalu bertindak merugikan banyak pihak. Penarikan balik kelulusan konsert yang sepatutnya bermula jam 8.00 malam dibuat pada jam 2.00 petang tadi melalui sepucuk surat dan surat susulan dengan pembetulan pada jam 5.00 petang dengan maksud yang sama.

"Kita juga kesal kerana MPK telah bertindak mengikut selera politik bukan secara professional. Kita difahamkan ada unsur-unsur campurtangan dari pihak tertentu dari pejabat Menteri Besar Perlis,"jelasnya.

Notis pembatalan terpaksa dicetak penganjur

Sebahagian peniaga yang sudah membuka gerai

Sidang media di hadapan pejabat Perhubungan PAS Perlis

Menunjukkan surat dari MPK

Laporan polis dibuat di IPK Kangar jam 9.45 malam

Menurutnya lagi, tindakan MPK itu bukan sahaja merugikan pengajur bahkan turut memberi kesan kepada para peniaga yang hadir membuka gerai di kawasan sekitar.

"Ianya juga memberi kesan kepada artis yang kita undang yang sudah hadir atau dalam perjalanan selain menghampakan orang ramai yang bakal hadir.

"Kita telah mengadakan hebahan melalui pelbagai kaedah termasuk di radio Perlis FM," katanya.

Sehubungan itu, Ustaz Ya'akub berkata pihak DACS Perlis sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap MPK dan satu laporan polis telah dibuat di Ibupejabat Kontinjen Polis Kangar

Konsert Dibatalkan

Konsert Selagi Ada Rindu malam ini anjuran DACS Perlis seperti yang tertera di poster di atas telah dibatalkan atas arahan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

MPK yang sebelum ini memberikan kelulusan penggunaan Dataran Kangar 350 telah menarik balik permit tersebut siang tadi.

Pihak penganjur memohon jutaan kemaafan di atas pembatalan ini... Harap Maklum...

Tuesday, December 08, 2009

Program Berkhatan PAS Perlis Kali ke-14

ARAU - Sempena musim cuti sekolah ini, PAS Perlis berjaya menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai kali ke 14 yang diadakan di Markas Tarbiyah PAS Perlis, Jejawai Dalam dekat sini 4 Disember lalu.

Malis berkhatan beramai-ramai ini adalah program tahunan anjuran Jabatan Khidmat Masyarakat PAS Perlis yang diadakan secara percuma.

Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Pada tahun ini, seramai 35 orang kanak-kanak dari seluruh Perlis telah menyertai program ini.


Mudim VIP : Dr Ismail mengkhatankan kanak-kanak

Sabar menanti detik bersejarah dalam hidup

Petugas mengusung kanak-kanak yang selesai dikhatankan

Selain menjadi salah satu agenda memasyarakatkan PAS, program ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga peserta dengan pimpinan PAS di samping memupuk semangat gotong-royong di kalangan para hadirin sepanjang program diadakan.

Untuk tujuan itu juga, kanak-kanak yang dikhatankan bersama-sama keluarga mereka turut diminta untuk bermalam di markas tabiah ini selama satu malam.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh yang turut membantu mengkhatankan kanak-kanak terbabit.

Monday, December 07, 2009

Rumah Mesra Rakyat atau Rumah Mesra Umno?


BESERI - Foto di atas yang diambil di persimpangan masuk ke Taman Haz Melati dekat sini memberi gambaran yang mengelirukan tentang konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno.

Apa tidaknya, penduduk setempat bertanya-tanya adakah permohonan untuk Rumah Mesra Rakyat ini hanya untuk ahli Umno atau terbuka kepada umum.

Seorang penduduk setempat bertanya apakah motif sebenar temuduga tersebut diadakan di pejabat Ketua Pemuda Umno Padang Besar.

"Kalau pun temuduga ini diusahakan dengan kerjasama Ketua Pemuda Umno, tak perlulah dibuat di pejabat beliau. Lebih buruk lagi kain rentang tersebut menggunakan logo Umno. Apakah ini slogan 1 Malaysia, Umno didahulukan? Ini Rumah Mesra Rakyat atau Rumah Mesra Umno?," soalnya.

Temuduga Rumah Mesra Rakyat ini diadakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara. (Baca di sini)

Thursday, December 03, 2009

Hujah makan tuan....

ARAU - Keputusan mahkamah tinggi berkenaan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah disifatkan seperti senjata makan tuan bagi Umno/BN.

Peguam terkenal yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata demikian merujuk kepada keputusan yang seumpamanya oleh mahkamah terhadap kes melibatkan kekosongan tiga kerusi DUN di Perak.

"Keputusan mahkamah yang merupakan senjata ampuh yang memihak kepada Umno/BN di Perak kini mula makan tuan di Kota Siputeh,"katanya.

Menurutnya, apabila speaker DUN Perak, V. Sivakumar menerima surat peletakan jawatan daripada tiga orang Adun di Perak, maka beliau membuat keputusan bahawa ketiga-tiga kerusi DUN tersebut kosong dan hendaklah diadakan pilihanraya.

"Bila dibawa ke mahkamah, maka diputuskan speaker tidak boleh mengisytiharkan kerusi kosong kerana tidak disebut dalam perlembagaan negeri Perak. Yang ada hanya disebut apabila seseorang Adun meletakkan jawatan dia hendaklah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada speaker dan tidak menyebutpun kerusi itu kosong.

"Tapi bagi kes Kota Siputeh, mengikut perkara 51 Undang-undang tubuh kerajaan Kedah, jika tidak hadir dua kali maka kerusi itu hendaklah diisytiharkan kosong.

"Umno kenakan kita di Perak, sekarang kita gunakan balik hujah yang mereka guna kepada kita bagi kes Kota Siputeh. Sekarang hujah mereka dah makan tuan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sena dekat sini baru-baru ini. Turut sama menyampaikan ucapan dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Arau ini, Timbalan Speeker DUN Kedah, Ustaz Abdul Ghani Ahmad.

Wednesday, November 25, 2009

Ceramah Korban


Ijtimak Korban

Ijtimak Korban PAS Perlis akan diadakan seperti berikut:

Hari Raya Kedua/ Sabtu, 28 November 2009
Di Markas Tarbiyyah PAS Perlis, Jejawi Dalam.
Mulai jam 8.00 pagi

Monday, November 23, 2009

Mahkamah Tinggi tolak penangguhan kekosongan DUN Kota Siputeh



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong. Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini. (Berita Harian).



JOM GEMPUR KOTA SIPUTEH........!!



Link berkaitan:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/23/nation/20091123154649&sec=nation

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

http://www.malaysiakini.com/news/118117

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/23/mstar_berita/20091123160010&sec=mstar_berita

Ustaz Abu Bakar Awang meninggal

Petikan Harakahdaily
ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.


Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.

Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis. Baca selanjutnya di sini.
Al-Fatihah.

Ceramah




Thursday, November 19, 2009

Ditembak polis,tangan bergari: Keluarga akan ambil tindakan undang-undang

ARAU - Keluarga Mohamad Taufik Noorzan, 21, pemuda yang ditembak mati berhampiran pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Sanji, dekat sini, mempertikaikan tindakan oleh pihak polis dalam insiden tersebut.

Antara yang menjadi pertikaian mereka ialah beberapa kenyataan daripada pihak polis seperti yang dilaporkan akhbar yang dikatakan bercanggah dengan kejadian sebenar.

Menurut bapa mangsa, Noorzan Abdul Rahim, 47, mempertikaikan pernan pihak polis yang tidak terus menahan anaknya yang dikatakan telah pergi ke balai polis menyatakan niatnya untuk membunuh rakannya.

Jelasnya, ketika berada tidak jauh dari tempat kejadian, beliau ada mendengar dua das tembakan berturut-turut dan ketika tiba di situ anaknya tertiarap di atas tanah sambil kedua-dua tangan masih bergari.

Beliau berkata ketika itu seorang anggota polis memegang pisau pisau pemotong sayur yang digunakan anaknya sebelum itu.

"Saya memeriksa kesan tembakan di kaki anak saya tapi tiada kesan tembakan, tapi tembakan itu tepat terkena dadanya. Saya meminta untuk dibuka gari tersebut tapi polis yang berada disitu terpinga-pinga mencari kuncinya.

"Kemudian saya meminta kain untuk menutup darah kesan tembakan dan menyuruh mereka memanggil ambulan tetapi tiada tindakan segera yang diambil,"jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Belakang Istana Arau dekat sini.

Noorzan mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya yang hanya bersejatakan sebilah pisau pemotong sayur sedangkan beliau bukanlah seorang penjenayah.

"Dia bukan colek orang pun atau mendatangkan bahaya besar. Saya nak tanya kenapa anak saya digari? Adakah dia ditembak semasa tangannya bergari atau digari selepas dia di tembak?

"Kalau ditembak dulupun, kenapa perlu dia digari?," soalnya.

Selain itu, Noorzan turut menjelakan bahawa dia diberitahu hasil bedah siasat turut mendapati adanya kesan hentakan dengan objek tumpul pada bahagian belakang anaknya itu.

Sehubungan itu, Noorzan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tindakan undang-undang terhadap pihak polis, kerajaan Malaysia dan angota polis terbabit akibat kecuaian mereka dalam menjalnkan tugas sehingga menyebabkan kematian.

Pemuda ditembak polis: Pemuda PAS Perlis gesa siasatan telus

ARAU - PAS Perlis memandang serius kejadian pihak polis menembak mati seorang pemuda di Guar Sanji baru-baru ini kerana ianya membabitkan imej pasukan polis yang semakin menjadi pertikaian di kalangan rakyat.
Baru-baru ini, seorang lelaki yang hanya bersenjatakan pisau pemotong sayur mati ditembak selepas dikatakan mengugut untuk membunuh seorang rakan beliau.

Dalam kejadian berhampiran pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Sanji, dekat sini, Mohamad Taufik Noorzan, 21, meninggal dunia selepas terkena satu das tembakan dari seorang anggota polis pada bahagian kanan dadanya.

Mengulas kejadian ini, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan insiden yang berlaku itu menjejaskan imej dan profesionalisme pasukan polis di mata umum.

"Sepatutnya insiden sedemikian tidak berlaku sekiranya pasukan polis bertindak dengan lebih berhati-hati bagi memastikan keselamatan orang awam.

"Tindakan membunuh adalah jalan terakhir, apatah lagi ianya hanya membabitkan seorang yang hanya bersenjatakan pisau pemotong sayur sahaja dan dia bukanlah seorang penjenayah.

"Kita bukan nak mempersoalkan tugas polis tapi berharap agar siasatan yang telus diadakan berkaitan insiden ini," katanya.

Ustaz Ya'akub ditemui selepas menziarahi Rashidi Abdul Rahman, pemuda yang didakwa telah dipukul oleh Mohamad Taufik sebelum kejadian beliau ditembak.

Turut hadir mengiringi beliau, Exco Pemuda PAS Perlis dan Pemuda PAS Arau.
Selain itu, beliau turut menziarahi keluarga Mohamad Taufik dan bertemu dengan bapanya, Noorzan Abdul Rahim.

Monday, November 16, 2009

Pasti medan memasyarakatkan PAS

JEJAWI - Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang ditubuhkan oleh PAS merupakan suatu entiti penting memberikan khidmat kepada masyarakat.

"Kehebatan Pasti terletak kepada semangat pengorbanan yang tinggi oleh para penggiatnya termasuk guru-guru Pasti yang bekerja dengan imbuhan yang tak seberapa.

"Pasti kini mampu menjadi produk PAS yang boleh ditonjolkan kepada masyarakat dan premis-premis Pasti juga perlu dibangunkan sebagai pusat komuniti bagi masyarakat setempat," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis Minum Petang bersama pemimpin sempena Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Padang Besar dan Kangar yang diadakan di Balai Islam MADI baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim serta Ketua Pemuda Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Khalil dalam ucapannya turut menegaskan perkara yang sama iaitu Pasti adalah medan untuk memasyarakatkan PAS.

Katanya, walaupun pelbagai usaha dibuat untuk mematikan institusi ini, Pasti terus berkembang maju di seluruh negara.

"Pasti boleh mengambil peranan sebagai pengganti di tempat yang tidak ada tadika. Alhamdulillah, berkat pengorbanan dan keikhlasan penggiatnya, Pasti terus bergerak maju sampaikan kini ada Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian yang turut menghantar anak mereka ke Pasti," katanya.




Wednesday, November 11, 2009

Kerusi stadium RM500 sebiji?

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kerosakan yang dialami Stadium Nasional di Bukit Jalil akibat tindakan liar penyokong Kelantan semasa perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia Sabtu lepas bernilai RM214,000. Baca di sini.

Kerosakan tersebut kata beliau melibatkan 224 buah kerusi stadium bernilai RM112,000, tiga lorong trek RM60,000, pintu pagar untuk Orang Kurang Upaya (OKU), pintu pagar dan tandas.

Waahhh.... 224 buah kerusi stadium bernilai R112,000.00. Mengikut pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang dipraktikkan di negara ini means that RM112,000.00 divided by 224 chairs equals to RM500.00 per chair. Hangpa faham ka???

Kerusi stadium yang muat-muat letak punggung kita tu bernilai RM500.00. Bukannya kerusi VIP. Tapi kerusi penonton biasa....

Lihat foto-foto ini untuk menilai sendiri....

Takziah kepada Dato' Kamarudin Jaffar dari PAS Perlis

KANGAR - PAS Perlis mengucapkan takziah kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar yang kehilangan isteri beliau Datin Kamariah Kamarudin.

Kamariah meninggal dunia jam 6 pagi ini akibat penyakit kanser yang beliau deriati sejak sekian lama.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar. Baca di sini

"Bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, saya mengucapkan takziah kepada Dato' Kamarudin di atas pemergian isteri beliau. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

"Semoga roh Datin Kamariah dicucuri rahmat dan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh,"kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Tuesday, November 03, 2009

Perasmian bangunan baru SRI Al-Furqan

JEJAWI - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr haron Din baru-baru ini telah menyempurnakan perasmian bangunan akademik Blok A Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Furqan di sini.

SRI Al-Furqan yang merupakan salah satu daripada tiga buah institusi pengajian kelolaan PAS Perlis sebelum ini beroperasi di Padang Siding sebelum berpindah ke Jejawi pada tahun ini.

Bagi sesi pengajian tahun 2009, SRI Al-Furqan menumpang di bangunan Al Madarasah Ad-Dinniah Islamiyah (MADI) sebelum didirikan bangunan sekolah yang baru dan bakal diduduki pada sesi pengajian tahun 2010.

Pembinaan bangunan sekolah ini adalah hasil sumbangan seorang individu yang telah mewakafkannya bagi pihak keluarga beliau.

Dr Haron dalam ucapannya, menyeru semua pihak agar terus memberikan sumbangan dalam apa juga bentuk samada harta-benda atau tenaga demi perjuangan Islam.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz hashim Jasin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan demi menyiapkan bangunan sekolah tersebut.

"Ini termasuk kepada mereka yang bekerja dengan sukarela tanpa mengambil sebarang upah.
Saya berdoa agar semangat pengorbanan sebegini akan terus subur di kalangan ahli PAS," katanya.




Pemuda PAS Perlis beri semangat kepada pasukan Singa Utara

KANGAR - Pemuda PAS Perlis turut menzahirkan sokongan kepada pasukan bolasepak Perlis menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kelantan di Kangar baru-baru ini.

Walaupun ketika itu pasukan Perlis ketinggalan dengan agregat 2-0 selepas tumpas di Kota Bharu pada separuh akhir pertama, Pemuda PAS Perlis turun bertemu pemain, jurulatih serta pegawai pasukan selepas latihan di Stadium Utama Negeri di sini.



Ustaz Ya'akub berbual dengan Irfan, Mohd Noor dan Fauzi


Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman serta barisan Exconya turun ke padang bertemu jurulatih pasukan Perlis, Irfan Bakti serta pengurus pasukan, Mohd Noor Aziz untuk menyatakan sokongan dan membangkitkan semangat para pemain menjelang perlawanan tersebut.

Sebagai tanda sokongan, Pemuda PAS Perlis turut menyampaikan minuman ringan kepada para pemain bagai menyegarkan badan selepas menjalani latihan.

Bagaimanapun Perlis gagal menepatkan diri ke perlawanan akahir selepas tumpas 1-3 kepada Kelantan.

Thursday, October 22, 2009

Alahai Tabung Haji...

Tidak dinafikan bahawa Tabung Haji Malaysia adalah antara badan pengurusan haji yang terbaik dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.

Hari ini seorang sahabat menerima panggilan daripada Tabung Haji menyatakan penerbangan beliau ke Tanah Suci adalah pada pagi Sabtu ini.
Mujur juga dia dah membuat persiapan..... Tahniah Tabung Haji di atas kecekapan dan keberkesanan pengurusan jemaah haji kerana bakal-bakal haji tak perlu menunggu lama. Hari ni depa telefon, lusa dah sampai ke Mekah....
Dengar ceritanya yang dah daftar nak kerja haji di Perlis dah 9000 orang lebih..Kuota Perlis hanya sekitar 300 orang..Daftar hari ni tunggu 15 tahun lagi kot baru boleh pi haji.
Hidup 1 Malaysia...

Wednesday, October 21, 2009

Gapo dio 1 Malaysia tu???

Salam Perjuangan....

Dua situasi yang saya alami membuatkan saya terfikir sejenak:

Pertama:
Mendengar kuliah hadith di Radio Perlis FM: Ustaz yang memberikan kuliah tentang zikir selepas solat. Agak menarik kerana pandangan beliau tidaklah sekeras sesetengah pihak. Lebih kurang katanya, lafaz zikir selepas solat tidak perlulah terlalu kuat tetapi sebaiknya secara sederhana. Tapi bukan itu yang menarik perhatian saya, tapi komen beliau tentang 1 Malaysia. Lebih kurang dia sebut : kenapa kita dok asyik sebut 1 Malaysia, kenapa kita tak sebut 1 Ummah?

Kedua:

Khutbah Jumaat di sebuah masjid di negeri Kedah minggu lalu: Tok khatib menegur tentang 1 Malaysia yang cenderung ke arah mencampur-adukkan pelbagai budaya dan agama. Tapi lebih menarik Tok khatib menegur sebuah parti politik yang berhimpun di Kuala Lumpur yang mempromosikan laungan Hidup XXXXXX !! Hidup XXXXXX !! Hidup XXXXXX !! Kata beliau mengapa tidak membesarkan kalimah Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Lebih menarik dia kata mengapa tidak parti tersebut duduk berhimpun dan berbincang bagaimana untuk menegakkan syariat Islam di dalam negara ini....

Konsep 1 Malaysia bagi orang-oran kampung pula sudah tentu ramai yang masih bingung... Apatah lagi setiap kali pembaca berita menyebut Salam 1 Malaysia..."Pening kepala pakcik dok pikiag bab ni, dulu ada juga penerapan nilai Islam, lepaih tu ada pula Islam Hadhari... ni alih-alih pi dok bagi salam stail baru pulak???," getus Pak Mat di Beseri.

Penulis adalah Naib Ketua DPP Perlis

Monday, October 19, 2009

Usrah DPP Perlis bersama YB Kubang Rotan

KANGAR - Usrah Dewan Pemuda PAS negeri Perlis diadakan malam tadi dengan dihadiri oleh AJK DPP Negeri dan kawasan-kawasan.

Adun Kubang Rotan, YB. Mohd Nasir Mustafa dijemput khas selaku naqib.


Beliau menggariskan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh selaku seorang ahli gerakan Islam.
"Selaku ahli gerakan Islam, setiap individu perlulah berusaha mempertingkatkan diri dari pelbagai segi termasuk ilmu pengetahuan .
"Kita juga perlu menjaga perpaduan sesama ahli di dalam jemaah kita,"katanya.

Monday, October 12, 2009

Jemput hadir






Melayu tak sedia meninggalkan bantal busuk bernama Umno

Oleh LanH
Nampaknya orang Melayu masih belum sedia melepaskan bantal busuknya yang bernama Umno selepas parti itu menang besar di Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil Dun itu 11 Oktober lalu.

Malah dengan kemenangan Umno dengan majoriti lebih 5,000 undi, kesetiaan mereka masih berpihak kepada Si Tuah yang taat membabi-buta.

Orang Melayu terlalu bergantung kepada perkara disanjungnya, dalam kes ini Umno yang telah menghuni dalam diri mereka sejak penubuhan parti itu sebelum merdeka sehingga negara sudah 52 tahun bebas daripada cengkaman penjajah.

Mengkaji kecenderungan sesetengah kanak-kanak kepada bantal busuk (dalam kes ini Umno) mungkin dapat melerai persoalan bersediakah orang Melayu meninggalkan Umno dalam menghadapi zaman baru yang lebih mencabar.

Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya, demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa pegangannya.

Daripada zaman kecilnya sehinggalah hampir ke liang lahad, sebahagian Melayu memerlukan wira, idola, tokoh, legenda dan ikon semasa (termasuklah Umno) untuk dijadikan dahan, tempat berpahut sama seperti seorang kanak-kanak mendambakan bantal busuknya.

Hang Tuah adalah antara idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar wujud atau tidak, Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang juga mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang Mahameru.

Teruskan membaca di sini >>>