Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, December 07, 2009

Rumah Mesra Rakyat atau Rumah Mesra Umno?


BESERI - Foto di atas yang diambil di persimpangan masuk ke Taman Haz Melati dekat sini memberi gambaran yang mengelirukan tentang konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno.

Apa tidaknya, penduduk setempat bertanya-tanya adakah permohonan untuk Rumah Mesra Rakyat ini hanya untuk ahli Umno atau terbuka kepada umum.

Seorang penduduk setempat bertanya apakah motif sebenar temuduga tersebut diadakan di pejabat Ketua Pemuda Umno Padang Besar.

"Kalau pun temuduga ini diusahakan dengan kerjasama Ketua Pemuda Umno, tak perlulah dibuat di pejabat beliau. Lebih buruk lagi kain rentang tersebut menggunakan logo Umno. Apakah ini slogan 1 Malaysia, Umno didahulukan? Ini Rumah Mesra Rakyat atau Rumah Mesra Umno?," soalnya.

Temuduga Rumah Mesra Rakyat ini diadakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara. (Baca di sini)

1 comment:

Anonymous said...

biasaLA.......kalau pas perintah,macamni jugak!!!!Rasionalla.......

umno dan pas 2X 5 jeeee.......