Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, December 17, 2009

Sidang DUN Perlis: Shahidan hilang lagi....

KANGAR - Seperti meneruskan tradisinya sebelum ini, kelibat Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) tidak kelihatan pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

Dalam sidang bajet yang berlangsung dari 15 hingga 17 Disember baru-baru ini, beliau turut menghilangkan diri pada hari terakhir.

Bagaimanapun bekas Menteri Besar Pelis itu telah memberitahu Speaker DUN, Dato' Yazid Mat bahawa beliau tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa bergegas ke Laos untuk menyaksikan temasya Sukan SEA di sana.

Namun yang menghairankan, setaiap kali DUN Perlis bersidang beliau tetap tidak hadir pada hari terakhir bilamana barisan Exco kerajaan negeri dan Menteri besar akan membuat penggulungan kepada perbahasan oleh ahli dewan.

Seperti kebiasaannya, Shahidan yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari kedua telah berucap panjang dengan membangkitkan pelbagai isu.

Gelagatnya kali ini lebih hebat dengan "menyapu keliling" mana-mana individu serta isu dalam ucapannya selam lebih dua jam.

Shahidan turut membangkitkan isu penangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin dengan mempertikaikan kerajaan negeri yang tidak memberikan respon langsung terhadap isu ini.

Selain PAS yang turut menjadi sasaranya, kali ini beliau turut mempertikaikan persahabatan PAS dengan DAP yang didakwanya bersifat perkauman dan bertunjangkan parti PAS di Singapura.

Begitu juga beliau turut menyasarkan ucapannya dengan mengusik Speaker, Menteri Besar, barisan Exco dan menyebut nama beberpa orang pegawai kerajaan berkaitan isu yang beliau bawa.

"Begitulah Shahidan, dia 'taruk cukup-cukup', esok dia hilang," kata seorang Ketua Jabatan.
Sebelum ini Shahidan pernah meminta kebenaran daripada Speaker untuk tidak hadir ketika sesi penggulungan dengan pelbagai alasan.

Antaranya terpakasa ke Kuala Lumpur untuk urusan penting atau terpaksa membuat pemerikasaan mata. Ketika sesi penggulungan Sidang Bajet tahun lalu beliau juga menghilangkan diri sejenak dan mucul semula ketika bacaan kali ketiga Rang Undang-undang Perbekalan.
(Ikuti ringkasan ucapan Shahidan dalam posting selepas ini)... Tunggu...........!!!

No comments: