Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, October 12, 2009

Melayu tak sedia meninggalkan bantal busuk bernama Umno

Oleh LanH
Nampaknya orang Melayu masih belum sedia melepaskan bantal busuknya yang bernama Umno selepas parti itu menang besar di Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil Dun itu 11 Oktober lalu.

Malah dengan kemenangan Umno dengan majoriti lebih 5,000 undi, kesetiaan mereka masih berpihak kepada Si Tuah yang taat membabi-buta.

Orang Melayu terlalu bergantung kepada perkara disanjungnya, dalam kes ini Umno yang telah menghuni dalam diri mereka sejak penubuhan parti itu sebelum merdeka sehingga negara sudah 52 tahun bebas daripada cengkaman penjajah.

Mengkaji kecenderungan sesetengah kanak-kanak kepada bantal busuk (dalam kes ini Umno) mungkin dapat melerai persoalan bersediakah orang Melayu meninggalkan Umno dalam menghadapi zaman baru yang lebih mencabar.

Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya, demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa pegangannya.

Daripada zaman kecilnya sehinggalah hampir ke liang lahad, sebahagian Melayu memerlukan wira, idola, tokoh, legenda dan ikon semasa (termasuklah Umno) untuk dijadikan dahan, tempat berpahut sama seperti seorang kanak-kanak mendambakan bantal busuknya.

Hang Tuah adalah antara idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar wujud atau tidak, Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang juga mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang Mahameru.

Teruskan membaca di sini >>>

3 comments:

Anonymous said...

Maaf.Bukan tak sedia bantal busuk. Tapi tak sedia bersama PAS kerana masih tidak mempamirkan budaya Islam yang penuh dengan rasa kasih sayang dan berakhlak.
Saya menyarankan supaya dalam mana-mana pilihan raya selepas ini(PRU atau PRK) sila hentikan gerakan sulit yang merugikan seperti
1. Mengedarkan wang palsu RM50
2. Menyebarkan surat palsu guna kepala surat parti lawan.
3. Terlalu mengaibkan lawan seperti di Permatang Pasir seolah Islam membenarkan. Ada yang mengatakan Allah swt mengizinkan dengan alasan Al Quran menceritakan mengenai Qorun, Abu Lahab, Firaun dsbnya.
4. Melakukan tindakan ganas seperti yang dilakukan oleh musuh.
Kepada PAS, ingin saya ingatkan bahawa tindakan ini amat amat merugikan masa depan Islam.

Anonymous said...

Benar apa yang disebut oleh kawan kita.
Hakikatnya PAS banyak melakukan lakunan
1. Berpura-pura mendekati non muslim, tetapi hakikatnya hanya bertujuan politik semata-mata.
2. Berpura-pura dalam Pakatan, hakikatnya ada agenda tidak puas hati. Tidak berpegang dengan janji yang di buat. Lihat contoh Hasan Ali dan grupnya. Mukaballah amat merugikan PAS.
3. Berlegar dikalangan kaum kelompok PAS sahaja. Mendekati masyarakat hanya ketika dekat mengundi.
4. Perlu mengambil hati dan perasaan melalui kasih sayang dan bukan melakukan tindakan menghentam saja.

Anonymous said...

UMNO DALAM PEMBAIKAN.MOOD MEREKA SEMAKIN MENINGKAT.MALANGNYA PAS,DAP,PKR MASIH KABUR DAN SALING HENTAM MENGHENTAM.
JANGAN SAMPAI BILA KALAH NANTI BARU NAK SIBUK POST MORTEM.
TERUSKAN MENJALIN HUBUNGAN YANG BAIK TANPA PUNYA AGENDA TERSEMBUNYI SERTA TERSENDIRI.