Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, December 15, 2009

Sidang DUN Perlis hari pertama: Soalan Lisan YB PAS

Soalan dari YB Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang)

1. Projek pembangunan kompleks Yayasan Islam Perlis di persimpangan Jalan Pengkalan Assam, Kangar sudah terbengkalai sejak lebih dari 10 tahun yang lalu. Sila nyatakan:

a. Perancangan kerajaan negeri bagi membangunkan semula tapak tersebut agar tidak terus menjadi hutan belukar yang menyakitkan pandangan mata.
b. Apakah status terkini kedudukan kewangan Yayasan Islam Perlis?

2. Projek menaik taraf Jalan Arau-Kodiang sudah lebih setahun terbengkalai. Tahap keselamatan di jalan berkenaan amat tidak memuaskan khususnya kepada pengguna jalanraya pada waktu malam. Ini berbeza dengan keadaan jalan yang bersambung di negeri jiran (Kodiang-Jitra) yang sudah siap dan memberi keselesaan kepada pengguna. Pohon dijelaskan:

a. Punca berlakunya masalah tersebut?
b. Langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan projek jalan tersebut dapat disiapkan segera

3. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008, semakan Audit mendapati seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 telah dengan sengaja memalsukan data peribadi 20 orang individu di dua kawasan untuk diberi bantuan am secara tunai. Kes ini berlaku bagi tempoh bulan Julai hingga Disember 2008 melibatkan bantuan wang tunai berjumlah RM16,140. Jabatan Pendaftaran Negara telah memberi pengesahan bahawa nama serta nombor kad pengenalan tersebut tidak wujud di pangkalan data mereka. Jabatan telah membuat laporan polis pada bulan Februari 2009 berkenaan penyelewengan ini setelah mendapat maklumat daripada Jabatan Audit Negara dan kes masih dalam siasatan. Sila jelaskan:

a. Apakah perkembangan siasatan kes penyelewengan ini?
b. Adakah sebarang tindakan yang telah diambil ke atas individu terbabit?
c. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan teguran-teguran audit diberikan perhatian sewajarnya.

Soalan dari YB Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat)
1. Gaji kakitangan/pekerja swasta kebersihan sekolah (tukang cuci) adalah terlalu rendah iaitu RM450.00 sebulan untuk bekerja selama 6 hari seminggu dan 9 jam sehari ( mulai jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang).

a. Apakah pihak kerajaan prihatin tentang nasib golongan ini yang mempunyai pendapatan yang tidak melepasi garis kemiskinan.
b.Apakah ada langkah-langkah yang dicadangkan untuk membantu golongan ini untuk menambahkan pendapatan mereka?
2. Pohon dinyatakan:

a.Berapakah jumlah rumah PPRT yang telah dibina di dalam DUN Simpang Empat?
b.Jumlah yang telah diluluskan dan belum dibina?
c.Apakah permohonan rumah PPRT ini masih dibuka?


3. Pohon penjelasan, apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah serangan “siput gondang emas” di kawasan tanaman padi khususnya di kawasan MADA yang sudah sampai ke tahap yang membimbangkan?

1 comment:

Anonymous said...

Semua soalan terutama bab yang melibatkan Yayasan agama Islam dan Projek jalan di Arau-Kodiang,kena tanya Shahidanla!!!!!!!!