Antara yang menjadi pertikaian mereka ialah beberapa kenyataan daripada pihak polis seperti yang dilaporkan akhbar yang dikatakan bercanggah dengan kejadian sebenar.
Menurut bapa mangsa, Noorzan Abdul Rahim, 47, mempertikaikan pernan pihak polis yang tidak terus menahan anaknya yang dikatakan telah pergi ke balai polis menyatakan niatnya untuk membunuh rakannya.
Jelasnya, ketika berada tidak jauh dari tempat kejadian, beliau ada mendengar dua das tembakan berturut-turut dan ketika tiba di situ anaknya tertiarap di atas tanah sambil kedua-dua tangan masih bergari.
Beliau berkata ketika itu seorang anggota polis memegang pisau pisau pemotong sayur yang digunakan anaknya sebelum itu.
"Saya memeriksa kesan tembakan di kaki anak saya tapi tiada kesan tembakan, tapi tembakan itu tepat terkena dadanya. Saya meminta untuk dibuka gari tersebut tapi polis yang berada disitu terpinga-pinga mencari kuncinya.
"Kemudian saya meminta kain untuk menutup darah kesan tembakan dan menyuruh mereka memanggil ambulan tetapi tiada tindakan segera yang diambil,"jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Belakang Istana Arau dekat sini.
Noorzan mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya yang hanya bersejatakan sebilah pisau pemotong sayur sedangkan beliau bukanlah seorang penjenayah.
"Dia bukan colek orang pun atau mendatangkan bahaya besar. Saya nak tanya kenapa anak saya digari? Adakah dia ditembak semasa tangannya bergari atau digari selepas dia di tembak?
"Kalau ditembak dulupun, kenapa perlu dia digari?," soalnya.
Selain itu, Noorzan turut menjelakan bahawa dia diberitahu hasil bedah siasat turut mendapati adanya kesan hentakan dengan objek tumpul pada bahagian belakang anaknya itu.
Sehubungan itu, Noorzan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tindakan undang-undang terhadap pihak polis, kerajaan Malaysia dan angota polis terbabit akibat kecuaian mereka dalam menjalnkan tugas sehingga menyebabkan kematian.
No comments:
Post a Comment