Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, October 21, 2009

Gapo dio 1 Malaysia tu???

Salam Perjuangan....

Dua situasi yang saya alami membuatkan saya terfikir sejenak:

Pertama:
Mendengar kuliah hadith di Radio Perlis FM: Ustaz yang memberikan kuliah tentang zikir selepas solat. Agak menarik kerana pandangan beliau tidaklah sekeras sesetengah pihak. Lebih kurang katanya, lafaz zikir selepas solat tidak perlulah terlalu kuat tetapi sebaiknya secara sederhana. Tapi bukan itu yang menarik perhatian saya, tapi komen beliau tentang 1 Malaysia. Lebih kurang dia sebut : kenapa kita dok asyik sebut 1 Malaysia, kenapa kita tak sebut 1 Ummah?

Kedua:

Khutbah Jumaat di sebuah masjid di negeri Kedah minggu lalu: Tok khatib menegur tentang 1 Malaysia yang cenderung ke arah mencampur-adukkan pelbagai budaya dan agama. Tapi lebih menarik Tok khatib menegur sebuah parti politik yang berhimpun di Kuala Lumpur yang mempromosikan laungan Hidup XXXXXX !! Hidup XXXXXX !! Hidup XXXXXX !! Kata beliau mengapa tidak membesarkan kalimah Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Lebih menarik dia kata mengapa tidak parti tersebut duduk berhimpun dan berbincang bagaimana untuk menegakkan syariat Islam di dalam negara ini....

Konsep 1 Malaysia bagi orang-oran kampung pula sudah tentu ramai yang masih bingung... Apatah lagi setiap kali pembaca berita menyebut Salam 1 Malaysia..."Pening kepala pakcik dok pikiag bab ni, dulu ada juga penerapan nilai Islam, lepaih tu ada pula Islam Hadhari... ni alih-alih pi dok bagi salam stail baru pulak???," getus Pak Mat di Beseri.

Penulis adalah Naib Ketua DPP Perlis

No comments: