Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 8 Feb - PAS Perlis kehilangan seorang lagi ikonnya apabila bekas Pesuruhjaya, Haji Mahamood Mohd Noor, 90 kembali ke rahmatullah di rumahnya pada jam 11.50 malam tadi.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mud sudah agak lama terlantar di rumahnya akibat sakit tua berada di dalam keadaan tenat sejak malam semalam.
Pimpinan PAS Perlis termasuk Pesuruhjaya, Ustaz Hashim Jasin dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya sempat menziarahinya semalam apabila mendapat berita tentang keadaannya.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Hajjah Rogayah Zain, 89 serta tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
Beliau yang dilahirkan di Batu Sangkar, Sumatera, Indonesia berhijrah ke Malaysia pada tahun 1936. Mula menceburi bidang politik sejak tahun 1940-an.
Jenazahnya akan disembahyangkan di rumahnya di Lorong Surau, Kampung Jejawi Dalam dekat sini pada jam 11.00 pagi hari ini.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan menempatkannya di sisi para anbia, orang-orang yang soleh dan syuhada. Al-Fatihah.
1 comment:
Masa saya kerja Pejabat Agung PAS dulu dan Pak Mud pulak masa tu Pesuruhjaya PAS Perlis, selalu jugak saya jumpa dia dan bersembang-sembang pengalaman dia.
Mudah-mudahan Allah melimpahi kasih sayang dan keampunan-Nya kepada Pak Mud. Amin..
Post a Comment