Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, July 04, 2006

TAK SAH SOLAT DI BELAKANG IMAM BERMAZHAB: DR AZIZ HANAFI BIDAS PENCERAMAH MUDA

Oleh: Penahayat

KANGAR, 2 Jul - Pengetua Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Dr Abdul Aziz Hanafi membantah keras kenyataan seorang ‘ustaz’ muda yang mengeluarkan hukum tidak sah solat di belakang imam yang bermazhab.

Ustaz muda tersebut yang dipercayai bekas pelajar Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) dipetik berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya di sebuah masjid di Simpang Empat dekat sini tempoh hari.

Menurut Dr Aziz, kenyataan ustaz tersebut amat merbahaya kerana ia boleh memecah-belahkan umat Islam khususnya di Perlis.

Dr Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Markas PAS Kawasan Kangar telah mengemukakan tiga buah kitab tebal hasil tulisan ulamak tersohor dari Timur Tengah sebagai rujukan untuk menyanggah pendapat ustaz muda tersebut.

Beliau turut mempersoalkan apakah berani umtuk kita mengatakan tidak sah solat berbilion umat Islam di atas muka dunia ini termasuk yang bersolat jemaah di Masjidil Haram yang beliau pasti imamnya bermazhab Hanbali.

Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Islam, Universiti Malaya dan Universiti Brunei Darussalam menyatakan kesanggupan untuk berdepan dengan ustaz tersebut jika dijemput untuk berforum berkaitan isu ini.

Di samping itu, Dr Aziz menyarankan agar Mufti Perlis mengambil tindakan ke atas ustaz-ustaz yang hanya membincangkan hal-hal bida’ah dalam kuliah mereka yang boleh mengelirukan umat Islam di negeri ini.

3 comments:

rahim said...

kepada peghelih la:

1) sila nyatakan kenyataan ustaz muda tersebut secara lengkap, detail dan terperinci.

2) saya harap perkara tidak dipolitikkan. Ustaz Aziz dan Pas harus mengeluarkan hujah untuk menjernihkan keadaan. Mengajak untuk berforum adalah tindakan tidak tepat kerana Ustaz muda itu hanya bertaraf diploma IPTIPS Ssedangkan ustaz Aziz berpengalaman dalam akademik. di situ sudah nampak perbezaan. bahkan ia akan menjatuhkan kreadibiliti Ustaz Aziz.

3) pada pendapat saya, Pas dan ustaz Aziz harus mengeluarkan kenyaataan rasmi melalui lidah rasmi paS ATAU melalui ceramah di Simpang 4. saya yakin di situ kubu kuat Pas. orang akan datang mendengar kuliah Pas (orang Pas sajalah)

4) Mufti tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tidak menguasai Jabatan Agama Islam Perlis. yang menguasainya ialah puak Sunnah, mat libya dan konco2nya. tak guna guna saluran Mufti!

5) Kenyataan dan hujah penuh dari Pas harus diketahui oleh rakyat perlis dan di'cc'kan kepada Jabatan Agama. yang penting semua rakyat perlis tahu keadaaan dan hujah yang sebenar.

rahim said...

peghelih la komen lah sikit? tak der komen ker?

Anonymous said...

assalamualaikum.... sila nayatakan secara terperinci apa yang dikatakan tidak sah solat dibelakang imam bermazhab.. sebelum membuat ulasan secara membuta tuli atau fitnah semata-mata.....