Kategori : Berita
KANGAR, 27 Julai - Cadangan untuk memberikan sijil makanan halal hanya kepada orang muslim disokong sepenuhnya oleh Mantan Imam Besar Masjid Negara UstazTaib Azzamuddin Mohd Taib.
Bagi beliau nilai halal atau tidak sesuatu itu terutamanya makanan hanya orang Islam sahaja yang tahu.
“Najis dalam Islam dikategorikan kepada dua bahagianiaitu najis aini dan hukmi. Aini adalah yang jelas kita nampak, manakala hukmi pula ialah bagaimana najis itu dari segi hukum," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah maghrib bulanannya di sebuah surau dekat sini semalam.
"Masalah timbul apabila kita bercakap tentang najis hukmi ini. Ramai di antara orang Islam sendiripun tidak tahu hukum ataupun tidak faham dengan sebenar-benarnya. Jadi bagaimana bukan Islam boleh dibenar melakukannya?,” soal beliau.
Menurutnya lagi, dengan adanya beberapa kes yang melibatkan makanan yang halal bercampur dengan yang haram maka dibimbangi pada masa depan akan berlaku lagi kejadian yang sama kerana pihak yang terbabit tidak beramanah.
"Bukan Islam sebenarnya tiada masalah dalam penyediaan makanan mereka kerana tiada cara yang khusus berbeza dengan orang Islam".
"Sekiranya mereka memberi produk halal yang dikhusukan untuk orang Islampun tiada masalahnya kerana tidak dianggap sebagai melanggar peraturan beragama mereka. Mereka bebas untuk menikmati makanan itu," tambahnya.
Beliau juga berharap pada masa depan orang bukan Islam akan dapat merasakan perbezaan antara makanan halaldan tidak halal.
Pada pandangan Ustaz Taib juga, cadangan ini akandapat membantu menaikkan ekonomi orang Islam selain daripada menjadi satu elemen dakwah yang baik kepada bukan Islam.
“Pengusaha tempatan bukan sahaja boleh memasarkan produk mereka di dalam negara tetapi juga boleh meneroka pasaran antarabangsa. Kita boleh menjadi negara pembekal kepada negara-negara lain yangmencari-cari produk halal,” ujarnya .
No comments:
Post a Comment