Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, July 07, 2011

Provokasi Bersih 2.0: Pemuda PAS Perlis buat laporan polis

KANGAR- Ekoran berlakunya pengkhianatan bersifat vandalisme di hadapan Kompleks PAS Perlis hari ini, Dewan Pemuda PAS Perlis membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar petang ini.

Laporan polis dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan jam 4.30 petang tadi.

Dalam laporannya, beliau meminta pihak polis menyiasat dan menangkap pihak yang terbabit kerana perbuatan tersebut merupakan suatu bentuk pengkhianatan kepada orang yang tidak bersalah selain melibatkan kepentingan awam.

"Pemuda PAS Perlis mengutuk keras tindakan pihak berkenaan yang menganngap ianya suatu usaha memburuk-burukkan imej penganjur Bersih 2.0 selain usaha untuk mewujudkan suasana ketegangan dan kebencian di kalangan penduduk di negeri ini.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Naib Ketua Pemuda PAS Perlis, Meor Hassan Sazali dan Setiausaha Pemuda, Mohd Sahir Ab Raman.

Pagi tadi, warga kerja Kompleks PAS Perlis dikejutkan dengan perbuatan vandalisme berbentuk semburan cat di atas jalan dan papan tanda di tepi pagar Kompleks PAS dengan perkataan “BERSIH HARAM” dan “PAS Bodoh”.

Manakala perkataan “PAS Bodo” juga turut disembur pada papan tanda yang terdapat di tepi pagar, dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.

No comments: