Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, July 07, 2011

Kenyataan Media PAS Perlis berhubung provokasi Bersih

KENYATAAN MEDIA


PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap pihak yang tidak bertanggungjawab bersifat vandalisme yang dilakukan sekitar Bandar Kangar termasuk di hadapan Kompleks PAS Perlis.

Malam tadi, di hadapan pintu masuk ke Kompleks PAS Perlis berlakunya perbuatan vandalisme dengan menyemburkan cat di atas jalan dengan perkataan “Bersih Haram” dan “PAS Bodoh”. Perkataan “PAS Bodo” juga turut disembur pada papan tanda yang terdapat di pagar Kompleks PAS Perlis.

Dalam pemerhatian kami juga, perbuatan vandalisme sebegini turut di lakukan di merata lokasi di sekitar Bandar Kangar termasuk di dinding bangunan, pagar sekolah dan lain-lain.

Justeru kami mengutuk keras perbuatan yang tidak bertamadun ini yang jelas cuba membangkitkan rasa kebencian dan ketegangan di kalangan penduduk di negeri ini khususnya.

PAS Perlis telah menjangkakan akan berlakunya perbuatan bersifat provokasi seperti ini menjelang Perhimpunan Aman Bersih 2.0 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Sekali lagi ditegaskan, perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan adalah himpunan aman dengan tujuan yang murni untuk menuntut sebuah sistem pilihanraya yang BERSIH dan Adil.


USTAZ HASHIM JASIN
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis

No comments: