Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, August 16, 2008

Ucapan Perwakilan DPP Perlis di Muktamar DPP Pusat ke 49 di Ipoh


IPOH, 14 Ogos - Perwakilan Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) hari ini menggesa agar kerjasama dalam Pakatan Rakyat dimantapkan dengan keperluan mengadakan perjumpaan di peringkat pimpinan secara berkala.


Berucap membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Setiausaha DPPPs, Azmal Zaid Ahmad Azmi membuat gesaan demikian bukan sahaja dikhususnkan bagi negeri yang diperintah Pakatan Rakyat malahan untuk seluruh pimpinan parti-parti di semua peringkat.


"Dengan kerjasama bersama KeADILan dan DAP, maka lima buah negeri dapat kita kuasai. Kemenangan ini menafikan BN memerintah dan merupakan satu kejutan besar kepada mereka. Masing-masing seolah tidak percaya rakyat telah menolak mereka.


"Kini mereka sedang cuba memecah-belahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kita harus bersedia dengan segala tipu-helah BN, khususnya mereka mempunyai pelbagai sumber dan media untuk memainkan sentimen rakyat dan ahli parti," serunya berucap di Muktamar DPPP ke 49 di Stadium Indera Mulia pagi tadi.


Tambahnya, PAS yang duduk bersama-sama dalam Pakatan Rakyat perlu dilihat rakyat dengan jelas sebagai sebuah parti yang mampu membuat perubahan bagi memantapkan lagi pakatan tersebut.


"Kita tidak mahu rakyat hanya melihat satu pihak sahaja dalam Pakatan Rakyat yang berperanan tanpa penglibatan pihak lain. Jika ini berlaku, keyakinan rakyat masih di tahap yang rendah untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah di negara ini dan memberikan kesan yang tidak baik kepada pakatan ini," katanya.


Selain itu katanya lagi, PAS perlu membuat penilaian semula kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat dari semasa ke semasa.


"Kita bukan bermaksud untuk keluar dari Pakatan Rakyat, kita gembira kerana dapat bersama-sama menumbangkan Umno/BN. Tapi penilaian ini perlu untuk melihat sama ada Pakatan Rakyat menyimpang dari dasar PAS atau tidak," katanya.

No comments: