Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, August 04, 2008

Jangan Berpolitik Di Pejabat Kerajaan, Kata MB Perlis

KANGAR, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihati kakitangan jabatan dan agensi kerajaan supaya tidak berpolitik semasa bertugas sehingga menjejaskan tanggungjawb sebenar mereka sebagai anggota Perkhidmatan Awam.
Beliau bimbang gejala berpolitik di pejabat akan menyukarkan sistem penyampaian dijayakan disamping memporak poranda hubungan sesama kakitangan.

Bercakap kepada kakitangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan di sini, Jumaat, beliau berkata "politik itu penting tetapi jika dibawa secara memudaratkan, kesannya adalah buruk".

Beliau mahu jabatan dan agensi Kementerian Penerangan seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas , Jabatan Penyiaran dan BERNAMA supaya menjadi agen penyampai maklumat yang berkesan kepada masyarakat.

Md Isa turut menjadi tetamu stesen Radio Perlis FM dalam program "Wawancara Bersama Menteri Besar Perlis" yang disiarkan secara langsung.

-- BERNAMA

No comments: