Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, June 21, 2007

Naib Ketua DPP Perlis dilantik AJK Dewan Ulama Pusat

KANGAR-Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan di Kota Bharu baru-baru ini.
(Ikuti Petikan Harakahdaily di bawah)


KUALA LUMPUR, 18 Jun - Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Ulama PAS Pusat Sesi 2007-2009 kali ke-2 yang berlangsung pada 16 Jun baru-baru ini di Kota Bharu, Kelantan telah melantik lapan lagi AJK tambahan.

Mereka yang dilantik sebagai AJK adalah Mantan Ketua Dewan Ulama, Dato' Ustaz Haji Harun Taib, Dr Ustaz Haji Badruzzaman Yusuf, Dr. Ustaz Haji Osman Sabran, Dr. Ustaz Haji Ibrahim Che Noh, Ustaz Haji Mohd Zain Abdul Rahman, Ustaz Haji Yussaine Yahya, Ustaz Hassan Alias dan Ustaz Amir Omar.

Manakala 12 lagi AJK yang dilantik melalui pemilihan dalam Muktamar PAS ke-53 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) baru-baru ini.

Mereka termasuklah Ustaz Haji Hassan Mohamood, Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamad, Dato' Ustaz Haji Hussien Awang, Dato' Ustaz Haji Ishak Baharom, Ustaz Haji Yahya Othman, Ustaz Haji Abdullah Abdul Razak, Ustaz Haji Jaliluddin Abdul Wahid, Ustaz Haji Azizan Mohd Desa, Ustaz Haji Khirul Muntanazar Ismail, Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah, Ustaz Haji Abdul Ghani Samsuddin dan Ustaz Haji Nik Mohd Zawawi Salleh.

Mesyuarat itu juga turut melantik Pengerusi Lajnah-lajnah di dalam Dewan Ulama PAS Pusat bagi sesi kali ini iaitu; Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi (Lajnah Politik), Dato' Ustaz Haji Harun Taib (Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa), Ustaz Haji Hassan Mohamood (Lajnah Penerangan), Ustaz Hashim Jasin (Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan), Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamed (Lajnah Penyelidikan), Ustaz Haji Abdullah Abdul Razak (Lajnah Penerbitan), Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah (Lajnah Kebajikan), Ustaz Haji Abdul Ghani Samsuddin (Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi), Ustaz Haji Khirul Muntanazar Ismail (Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis) dan Ustaz Haji Nik Mohd Zawawi Haji Salleh (Lajnah Ekonomi).

Terdahulu, dalam pemilihan di Muktamar PAS ke-53 yang berlangsung di Putik baru-baru ini telah memilih Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi sebagai Ketua Dewan Ulama, Timbalannya disandang oleh Ustaz Haji Hashim Jasin manakala Naib Ketua pula oleh Ustaz Haji Salleh Sani Harun Al-Hafiz.

No comments: