Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, June 06, 2007

Ahli PAS dilanda penyakit 'futur', pemimpin perlu bertindak

Petikan Ucapan Perwakilan Perlis di Muktamar PAS Pusat

KOTA BHARU, 2 Jun - Pimpinan parti digesa agar melakukan sesuatu ke atas ahli dan penggerak PAS yang 'futur' yakni tercicir dalam meneruskan perjuangan ini, kata perwakilan Perlis, Zolkharnain Abidin dalam perbahasan ucapan dasar Presiden petang tadi.

Ujarnya, senario yang melanda parti akhir-akhir ini memperlihatkan gejala atau fenomena 'futur' yang berleluasa memberikan implikasi yang negatif kepada parti pada pilihan raya akan datang.

Bahkan katanya, penyakit takut untuk mengisytiharkan dirinya sebagai ahli PAS akan menyebabkan mereka terus takut untuk mengundi PAS kerana dibimbangi akan menjejaskan diri mereka terutamanya yang berkhidmat dalam agensi kerajaan.

Pihak pimpinan juga ujarnya harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar suasana tidak menjadi semakin gawat dan menjadi barah.

Tambahnya lagi, seluruh ahli perlulah menghindarkan diri daripada penyakit 'futur' dan tidak berbangga dengan perjuangan ini yang merupakan virus kepada perjuangan Islam, seterusnya menjejaskan gerakerja mendepani pilihan raya umum akan datang. (Harakahdaily)

No comments: