Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, May 24, 2007

Arau selesai lantikan AJK Harian

ARAU - Remlee Ahmad kekal sebagai Setiausaha PAS Kawasan Arau selepas dilantik semula dalam mesyuarat Jawatankuasa yang pertama baru-baru ini.

Jawatan Ketua Penerangan pula disandang oleh Ramli Awang menggantikan Ketua Penerangan sesi lalu, A. Haris Sulaiman yang beralih ke jawatan Bendahari.

Dalam pada itu, Jaafar Ariffin dilantik sebagai Penolong Setiausaha dan Hassan Majid dilantik semula sebagai Ketua Keselamatan PAS Kawasan.

Jawatan tertinggi lain sebelum ini sudah diisi dengan Ustaz Ahmad Ali kekal sebagai Yang DiPertua, Abu Bakar Ali sebagai Timbalan Yang DiPertua dan Jaafar Daud Naib Yang DiPertua.

Ustaz Che Nordin Che Mat pula memegang jawatan Ketua Urusan Ulama, Zulmi Sabri sebagai Ketua Pemuda dan Latifah Mat sebagai Ketua Muslimat.

Sementara itu, perlatikan portfolio lain termasuk ketua-ketua lajnah masih belum dibuat.

No comments: