Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, October 18, 2005

Pemuda Arau Bantu Anak Yatim, Pelajar Miskin
Oleh BASHIR ISHAK
Kategori : Berita

ARAU, 18 Okt (Hrkh)- Dalam menghayati bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau (DPPKA) telah mengadakan satu majlis penyampaian sumbangan kepada golongan pelajar miskin dan anak yatim baru-baru ini. Mereka yang terlibat ialah para pelajar dan bekas pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di kawasan ini. Program tersebut telah diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Hashim Jasin yang menyampaikan sumbangan.

Menurut Ketua DPPKA, Zulmi Sabri, seramai 19 orang pelajar telah diberi sumbangan beg sekolah serta duit raya di dalam majlis yang diadakan di Pasti Cawangan Sungai Padang itu.
"Pemuda PAS Arau mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang telah tampil memberikan sumbangan beg sekolah untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar tersebut," katanya.

Turut diadakan selepas itu ialah majlis berbuka puasa bersama-sama dengan Pesuruhjaya, kepimpinan PAS Kawasan Arau, DUN, Dewan Pemuda dan Muslimat serta orang ramai.
Selain itu, DPPKA melalui Lajnah Pastinya telah melancarkan skim Takaful Wakaf untuk mengumpul dana bagi pentadbiran sepuluh buah Pasti di Kawasan Arau.

Untuk menyertai skim ini, keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Pengarah Pasti Arau, Khairudin Mohamad di talian 012-4276175 atau Zulmi Sabri (019-4177554).