Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, October 24, 2005

Apa Perlunya Pawagam Kalau Ianya Merosakkan
Oleh : Master Key
Kategori : Berita


Jejawi : Pemuda PAS Perlis hari ini membantah cadangan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim untuk membuka semula pawagam-pawagam yang telah mati di Perlis.Pemuda PAS Perlis dalam kenyataan bantahan melalui Ketua Pemudanya Ustaz Adnan Fadzhil merasakan pembukaan semula pawagam di negeri Perlis hanya akan memberi ruang kepada maksiat untuk terus berleluasa.

Beliau membacakan sebuah hadis yang bermaksud: “Fitnah (syirik,bidaah ataupun maksiat) itu sebenarnya tidur.Barang siapa yang mengejutkan (fitnah itu) maka dia akan dilaknat oleh Allah”.Beliau menambah lagi maksiat yang telah lenyap tidak sepatutnya dibangunkan kembali.

Khamis lalu Menteri Besar Perlis dalam kenyataan beliau melalui Utusan Malaysia telah dipetik sebagai berkata kerajaan negeri akan menimbangkan cadangan untuk membuka semula pawagam di Perlis sebagai satu langkah untuk menyokong industri filem tempatan.Kenyataan beliau itu adalah kenyataan balas kepada Menteri Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Datuk Rais Yatim yang menyatakan rasa tidak puashatinya dengan bilangan pawagam yang terdapat dibeberapa buah negeri dan salah satunya ialah Perlis.

Kebimbangan Pemuda PAS ini adalah kerana takut pembukaan semula pawagam akan membawa lebih banyak masalah sosial.
“Sudahlah kesan daripada TV kita masih tak mampu menanganinya inikan pula nak ditambah dengan pawagam,”ujar Ustaz Adnan.Beliau menambah lagi yang sekiranya kerajaan negeri benar-benar ingin mengadakannya juga maka Pemuda PAS mencadang- kan supaya Perlis meniru Enakmen Hiburan negeri Kelantan iaitu pemisahan antara lelaki,perempuan dan yang berkeluarga dilakukan.Dan kerajaan negeri juga mesti memastikan hanya cerita yang tidak mengandungi unsur-unsur negatif ditayangkan.