Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, October 29, 2005

PAS Terus Berbakti Kepada Golongan Fakir Miskin
Oleh BASHIR ISHAK
Kategori : Berita

ARAU, 28 Okt (Hrkh) – Seramai 215 orang fakir-miskin dan 120 anak yatim di Parlimen Arau telah menerima sumbangan dari PAS Kawasan Arau di dalam satu majlis yang diadakan di Markas PAS Kawasan, Kampung Tebok, Simpang Empat.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Ahmad Ali.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Perlis berkata, sumbangan itu adalah tanda kesyukuran dan untuk memperkukuhkan ukhuwah sesama umat Islam.

Menurutnya lagi, sumbangan pada kali ini dapat diberikan kepada lebih ramai orang kerana terdapatnya seorang individu yang memberikan infak kepada parti sebanyak RM25 ribu.

"Kita bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau. Sumbangan ini walaupun sedikit jumlahnya tetapi yang akan dinilai oleh Allah ialah keikhlasan," katanya.

Selain itu, Ustaz Ahmad turut menyeru semua aktivis parti agar bekerja keras selepas berakhirnya Ramadan memandangkan gerak kerja yang agak perlahan sepanjang bulan puasa ini.

"Selepas hari raya nanti kita akan terus bekerja dengan lebih hebat selaras dengan takbir hari raya," katanya.

Sumbangan yang telah disampaikan semalam berupa wang tunai, beras, kurama, gula dan beras pulut bagi fakir miskin. Manakala anak-anak yatim pula menerima wang tunai.