Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, January 10, 2011

Sekitar Perasmian Cawangan DAP Kuala Perlis

Majlis perasmian cawangan DAP Kuala Perlis diadakan di Pejabat DAP Kuala Perlis pada 8 Januari lalu. Majlis dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ; Adun Sekinchan, Ng Sue Lim, Adun Pasir Pinji, Thomas Su dan Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Hj. Abdul Karim Md Rejab,Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan serta Ketua Dewan Ulama, Ustaz Salleh Adam pula hadir mewakili PAS Perlis. Turut hadir pimpinan KeADILan Perlis.

Memotong riben sebagai simbolik perasmian

Hj Abdul Karim: Tahun ini tahun pilihnaraya. Kemesraan dalam Pakatan Rakyat tak dapat dinafikan Umno/BN

Lim Kit Siang: Slogan 1 Malaysia satu hipokrasi

Teng Chang Khim: Tubuh cawangan baru di Kuala Perlis untuk rancakkan lagi usaha di bawah payung Pakatan Rakyat untuk tawan Perlis

YB Rus'sele : PAS Perlis akan terus beri sokongan kepada DAP dalam sama-sama hadapi PRU 13 untuk tawan Perlis

1 Malaysia penuh hipokrasi: Lim Kit Siang

KUALA PERLIS - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membidas slogan 1 Malysia yang dilihatnya sebagai satu slogan yang dipenuhi oleh hipokrasi.

Dalam ucapan ringkasnya sempena perasmian Cawangan DAP Kuala Perlis di sini 8 Januari lalu, beliau berkata perjuangan Pakatan Rakyat dilihat lebih relevan dengan slogan 1 Malaysia.

"Slogan 1 Malaysia sebenarnya adalah satu hipokrasi, Paktan Rakyat adalah sebenarnya yang mewakili satu Malaysia.

"Kita menubuhkan cawangan baru DAP di KUala Perlis ini adalah untuk membantu Pakatan Rakyat menggantikan Umno/BN yang penuh dengan penyelewengan dan korupsi dengan kita menguasai Putrajaya dan negeri Perlis khususnya," katanya.

Selain pimpinan DAP, majlis yang diadakan di Pejabat DAP di Pekan Kuala Perlis turut disertai pimpinan PAS dan KeADILan.

Antara yang hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ; Adun Sekinchan, Ng Sue Lim, Adun Pasir Pinji, Thomas Su dan Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Semntara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab,Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan serta Ketua Dewan Ulama, Ustaz Salleh Adam pula hadir mewakili PAS Perlis.

Thursday, January 06, 2011

Umno terus perkosa harta awam untuk kegiatan parti

KANGAR - Foto di atas menunjukkan Umno terus rakus mempergunakan premis awam untuk kepentingan parti mereka.

Surau ini dibina untuk kemudahan penduduk di Kampung Salang untuk beribadat selain menjalankan aktiviti kemasyarakatan di situ.

Namun begitu, Umno dengan sewenang-wenangnya menjadikan premis ini sebagai Bilik Gerakan parti mereka.

"Dulu surau ini pernah diimarahkan dengan aktiviti kuliah pengajian, tetapi tidak dipersetujui oleh orang-orang Umno apabila ustaz yang mengajar turut menyentuh bab akidah yang mungkin tidak disenangi mereka," jelas Ketua Urusan Ulama PAS Kangar, Ustaz Salleh Adam.

Minta komen pembaca.....

Jawapan Exco Kerajaan Negeri (Dr Por Choo Chor) kepada soalan lisan YB Rus'sele Eizan (PAS -Simpang Empat):


Bilangan dan kos terlibat dalam pembinaan papan tanda nama taman-taman perumahan di seluruh Perlis:


2009 - RM78,400.00 bagi 24 buah taman melibatkan 4 kontraktor.
2010 - RM 215,600.00 bagi 66 buah taman melibatkan 10 kontraktor.

Jumlah kos: RM294,000.00


*** Ini bermakna, secara purata sebuah papan tanda nama ini berharga RM3266.67.


Minta pembaca yang arif dalam bidang ini memberikan komen samada kos ini terlalu mahal atau tidak? (Sila tinggalkan komen di sini atau di shoutbox. Terima kasih)

Shahidan: MB Perlis belum diuji lagi

KANGAR - Bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim mendakwa Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu masih belum teruji sepanjang beliau memegang jawatan tersebut.

Berucap pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini, Shahidan berkata Md Isa setakat ini hanya diuji dengan bencana banjir sahaja sedangkan banyak lagi perkara besar yang belum ditempuhi beliau.

"Menteri Besar baru diuji dengan banjir shaja, tapi belum lagi diuji dengan benda yang lebih mencabar. MB belum lagi diuji untuk memimpin sebuah pilihanraya lagi.

"Masa pilihanraya umum yang lepas kena ingat, yang menerajui BN Perlis adalah saya, dan kemenangan BN adalah di bawah piminan saya," katanya.

Seperti sidang-sidang DUN Perlis terdahulu,Shahidan terus menyerang pihak-pihak yang berada di sekeliling Menteri Besar yang dakwanya sering memaki-hamun beliau.

Pihak yang dimaksudkan Shahidan ialah Unit Pembangunan Insan (UPI) yang beliau sendiri menyebut Unit Pukul Insan. UPI dahulunya adalah Unit Kemasyarakatan dan Dakwah (UKD) semasa Shahidan menjadi Menteri Besar.

"Puak-puak UPI ni menjadikan seolah-olah saya dilihat sebagai musuh. Muka depa ni bila jumpa saya macam jemuan pula kita tengok. Saya dizalimi, kenapa lantik pegawai lain datang jaga kawasan saya, kerja maca dia wakil rakyat sedangkan sayapun wakil BN juga, saya Ketua Bahagian duduk dalam parti kerajaan juga tapi saya telah dinafikan hak," rintihnya.

Selain itu, dalam sidang yang sama Shahidan turut menyindir Md Isa yang didakwanya boleh bersikap tenang sedangkan pelbagai pihak yang bercakap macam-mcam tentangnya.

"Saya terpaksa tabik kepada MB kerana dia boleh buat tak kisah atau buat kering bila orang kata macam-macam kepadanya.

"Saya hairan macamana MB boleh tidur lena walaupun ada orang mengata kepadanya. Kalau orang kata kat saya, saya akan pergi jumpa orang itu sampai ke rumahnya untuk tahu mengapa dia kata macam tu, selagi tak dapat jawapan saya tak boleh tidur lena," ujarnya.

Isy Isy Isy Hairan juga ye...???

Pelik 1
Malaysia adalah pengeluar utama minyak sawit dunia, tapi berlaku kekurangan bekalan minyak masak.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, kekurangan bekalan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara kita kerana Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengeksport utama produk minyak sawit dunia.

Pelik 2
Malaysia juga tergolong di kalangan negara pengeluar petroleum , tapi rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga bahan bakar......
Pelik 3
Malaysia juga disebutkan sebagai sebuah negara Islam contoh, tapi mengapa ada pula Pak Menteri yang didakwa merogol orang?

Wednesday, January 05, 2011

Monday, January 03, 2011

Tahun 2011 akan "Dimeriahkan" dengan kenaikan harga barang : Dr Asri

Dari web Dr MAZA

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

Baca selanjutnya…

Kompleks PAS Perlis nak siap dah.....

Gambar terkini Kompleks PAS Perlis yang diambil pada 1.1.11 lalu. Bangunan ini sedang berada pada fasa terakhir pembinaannya dan dijangka siap tidak lama lagi. Untuk makluman awal, majlis perasmian dijadualkan pertengahan Mac akan datang.

Muslimat PAS "The Best in the world" : Anuar Tahir

SANTAN - Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Haji Mohd Anuar Tahir menyifatkan Dewan Muslimat PAS sebagai sebuah sayap wanita gerakan Islam yang terbaik di dunia.

Katanya, beliau telah bertemu dan membuat hubungan dengan pelbagai gerakan Islam dan parti Islam di merata pelusuk dunia, namu baginya Dewan Muslimat PAS adalah yang terulung dari segi komitmen, iltizam dan gerak kerja jemaah.


Friday, December 31, 2010

Kronologi Peristiwa Politik Negara Sepanjang 2010

Berikut ialah kronologi peristiwa politik tanah air sepanjang tahun 2010.

JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:

12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:

14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

14 - Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T.Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS :

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

NOVEMBER:

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.

27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.

Thursday, December 30, 2010

Lantik Shahidan tak selesai kemelut Umno Perlis

KANGAR - Pelantikan bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dilihat sebagai usaha untuk menyatupadukan Umno Perlis yang berpecah kepada beberapa kem sejak Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12) lalu.

Menurut Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim, pelantikan Shahidan sebagai gandingan dengan Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dilihat tidak akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang dihadapi Umno Perlis.

"Secara umumnya, pelantikan Shahidan ini tidak akan berjaya mengembalikan kestabilan di dalam Umno Perlis memandangkan kesan luka akibat perebutan jawatan Menteri Besar Perlis selepas PRU 12 itu sendiri masih dirasai khususnya di kem Shahidan sendiri," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar.

Mengulas lanjut, beliau menganggap komen yang dibuat Shahidan baru-baru ini tentang gandingannya dengan Md Isa adalah suatu tuduhan yang berat dan jelas membuktikan ketidakserasian di antara kedua-dua orang pemimpin tersebut.

"Manakan tidak, Shahidan menuduh Md Isa tidak menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga menganggap Md Isa sebagai 'perampas' jawatannya sebelum ini.

"Umum mengetahui, Shahidan terus menjadikan Md Isa dan konco-konconya sebagai sasaran serangan beliau terutamanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri Perlis. Ini sudah jelas membuktikan Umno Perlis memang berpuak-puak dan berusaha untuk saling menjatuhkan sesama sendiri," jelasnya

Untuk itu, Hairy meminta rakyat Perlis membuat penilaian tentang Umno yang dilihat sebagai parti yang hanya meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat.

"Kita tak mahu campur urusan dalaman Umno Perlis, tapi biarlah rakyat sendiri yang membuat penilaian bagaimana Umno sebagai parti peneraju kerajaan yang boleh diibaratkan sebuah kapal yang menunggu masa untuk karam,"ujarnya lagi.

Sunday, December 26, 2010

PRK Tenang: 30 Jan undi, 22 penamaan calon


Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.


Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan, (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Menurut Abdul Aziz (kanan), seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 376 petugas telah dilantik sepanjang lapan hari tempoh berkempen. Manakala seorang pengurus pilihan raya dan tiga penolongnya daripada Majlis Daerah Labis turut dilantik.

'Dengar nasihat, patuh arahan'

SPR menubuhkan tiga pasukan penguatkuas kempen pilihan raya untuk mengurus perjalanan pilihan raya dan mengawal kempen.

Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi.

Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Sementara itu, Abdul Aziz turut mengambil kesempatan mengingatkan majikan supaya memberi kebenaran kepada pekerja mereka bagi keluar mengundi.

"Mungkin ada daripada pihak swasta yang bekerja pada hari pilihan raya. Oleh itu, majikan mesti memberikan kebenaran kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi. Jika tidak mereka boleh dihukum melalui akta pilihan raya.

"Saya juga akan menulis surat kepada ketua setiausaha sumber manusia supaya jangan menghalang pengundi keluar mengundi," katanya lagi

Thursday, December 23, 2010

Sajak Pakatan Rakyat Ustaz Nasrudin Tantawi

SAJAK PAKATAN RAKYAT

Oleh: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi)
Yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu:

Pakatan Rakyat Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat

Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat

Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat, Jangan sampai rakyat meluat

Bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat.

Monday, December 20, 2010

Forum Pakatan Rakyat Tawan Perlis

KANGAR - Pimpinan PAS Perlis yang diwakili Ketua Penerangan, Y.B. Rus'sele Eizan dan Wan Kharizal Wan Khazim dijemput sebagai panelis Forum Pakatan Rakyat Tawan Perlis anjuran PKR Cabang Arau yang diadakan di Dewan Che Yang Khor di sini 18 Disember lalu.

Forum rakyat ini turut mebariskan wakil PKR iaitu Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah), Ketua Cabang Arau, Hashim Bakar; Y.B. Thomas Su dari DAP dan aktivis veteran, Pak Wan Khazim Wan Din.

PAS Wilayah serah sumbagan bantuan banjir



KANGAR - Foto di atas menunjukkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Noor Mohamad menyerahkan sumbangan bantuan banjir kepada Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Sumbangan bagi pihak PAS Wilayah Persekutuan ini diserahkan kepada Ustaz Hashim di pejabatnya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis di Jalan Sekolah Derma dekat sini.

Mohamad Noor bersama rombongannya yang menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala batas baru-baru ini meluangkan masa untuk mengadakan kunjungan ke Perlis.

Selain menyampaikan sumbangan bantuan banjir, rombongan mengambil kesempatan untuk beramah-mesra dan bertukar-tukar pandangan dengan Ustaz Hashim dan pimpinan PAS Perlis.

Friday, December 17, 2010

Pesawah dakwa berlaku penyelewengan bantuan banjir

KANGAR – Berikutan dakwaan wujudnya penyelewengan agihan bantuan banjir kepada para penanam padi oleh pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), beberpa orang penanam padi membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Dakwaan ini timbul ekoran kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yag mengumumkan peruntuan bantuan ihsan penanaman semula padi dinaikkan kepada RM876.00 sehektar daripada RM573.00.

Perdana Menteri berkata jumlah baru itu diberikan kepada petani yang sawah mereka dilanda bencana banjir November lepas.

Dalam satu majlis di Kedah, Najib telah menyerahkan RM13.5 juta kepada Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Mohamad Isa Sabu.

Bagaimanapun para petani di kawasan Dun Kayang dekat sini mendakwa mereka hanya diberikan bayaran antara RM50 hingga RM250 bagi kerosakan tanaman padi pada keluasan yang sama iaitu satu relong.

Wakil petani, Abdul Raof Ismail berkata, mereka merasakan tertipu dan mengesyaki wujudnya unsur-unsur penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak Mada dan Ketua Unit dalam agihan wang ihsan bantuan banjir tersebut.

"Kami dipanggil ke Mada kawasan Kayang untuk menerima bantuan banjir, tetapi inilah yang kami perolehi untuk serelong kawasan tanaman padi iaitu antara RM50 hingga RM250.

"Selepas itulah baru kami diberitahu bahawa bayaran dibuat mengikut peratusan kersakan padi. Tapi yang kami syaki berlaku penyelewengan kerana pihak ketua unit tak pernahpun mengunjungi kami untuk membanci kerosakan padi, tiba-tiba dah ada cek bayaran," jelasnya.

Jelasnya lagi, laporan SPRM dan polis dibuat supaya pihak bewajib membuuat siasatan dan pihak yang berkenaan seperti Mada, kerajaan negeri dan pusat membuka mata berkenaan rungutan dan kesusahan rakyat.

Laporan dibuat di SPRM cawangan Perlis, di Banguana Persekutuan di sini. Sejurus membuat laporan SPRM mereka kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kontinjen Kangar.

Hadir sama mengiringi mereka, Ketua Pemuda PAS Perlism Ustaz Ya'aakub Abu Seman.

Sebelum ini, terdapat juga bantahan dibuat oleh petani di luar pekarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kerana tidak berpuas hati dengan Mada yang didakwa tidak menepati janji dalam memberikan bantuan banjir.

Kira-kira 20 orang petani berhimpun di situ ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis berlangsuung 15 Disember lalu. Kehadiran mereka disantuni mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim serta Exco Pertanian, Sabry Ahmad.

Corat-coret Sidang DUN Perlis

Isu banjir yang melanda Perlis baru-baru ini memonopoli sebahagian besar perbahasan pada sidang dewan undangan negeri Perlis baru-baru ini.

Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) menjadi watak utama yang mengambil bahagian berkaitan isu ini. Sebahagian ketidakpuasan hatinya bekisar pengurusan banjir oleh kerajaan negeri yang didakwanya gagal selain pernan pihak-pihak tertentu yang padanya tidak mendapat pengiktirafan.

Sementara itu, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) menegur pihak yang menggunakan banjir untuk kepentingan politik, seperti kenyataan pimpinan BN pusat serta peranan media yang mendakwa kerajaan Kedah tidak berbuat apa-apa semasa banjir tempohari

******************************

Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) meminta penjelasan dari pihak kerajaan tentang pampasan banir kepada para penanam padi spertimana yang diumumkan oleh Perdana menteri baru-baru ini.

"Para petani dijanjikan dengan bantuan sebanyak RM876.00 sehektar, tetapi yang mereka perolehi baru-baru ini adalah mengikut peratusan kawasan tanaman padi yang rosak.

"Pohon diberikan penjelasan, ke mana perginya lebihan daripada wang yang telah diperuntukan oleh kerajaan pusat itu?," soalnya semasa berucap membahaskan bajet 2011.

****************************

Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) akur dengan kenyataaan Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) bahawa banjir besar yang melanda Perlis baru-baru ini adalah merupakan peringatan Allah kepada hambanya yang menyeleweng daripada syariat Islam.

"Kita kena ingat peristiwa banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh a.s. dulu, jadi kenapa tidak kita jadikan banjir ini sebagai satu peringatan kepada rakyat bahawa ini adalah satu peringatan dari Allah untu kita, adakah wakill Tambun Tulang setuju?," sal Usatz Hashim ketika mencelah ucapan perbahasan bajet Shahidan.

********************************
Seperti sidang-sidang DUN Perlis terdahulu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) terus menyerang pihak-pihak yang berada di sekeliling Menteri Besar yang dakwanya sering memaki-hamun beliau.

Pihak yang dimaksudkan ialah Unit Pembangunan Insan (UPI) yang beliau sendiri menyebut Unit Pukul Insan.

"Puak-puak ni menjadikan seolah-olah saya dilihat sebagai musuh. Muka depa ni bila jumpa saya macam jemuan pula kita tengok. Saya dizalimi, kenapa lantik pegawai datang jaga kawasan saya, kerja maca dia wakil rakyat sedangkan sayapun wakil BN juga," rintihnya.
**********************************
Menteri Besar Perlis menerima elaun kehadiran mesyuarat sebanyak RM500 utntuk syarikat PENS Industries Sdn Bhd, RM300 untuk Putra Palac Sdn Bhd, RM500 untuk Perlis Marine Engineering Sdn Bhd dan RM500 untuk Bakau Jaya Sdn Bhd. Semuanya adalah anak syarikat kerajaan negeri, bagaimanapun bagi PENS Industries belia memulangkannya untuk tabung syarikat berkenaan. (Jawapan Soalan lisan Adun Titi Tinggi).
Sementara Dato' Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail pula menerima RM500 bagi PENS Holdings Sdn Bhd, RM400 bagi PENS Industries, RM200 bagi Putra Palace, RM400 bagi Perlis Marine.

Bajet Perlis 2011: Apa kata wakil PAS?

KANGAR - Bajet 2011 Negeri Perlis yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu dilihat tidak mempunyai perkara yang baru, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Berucap membahaskan bajet, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang berkata hasil penelitiannya, tujuh strategi yang dibentangkan Md Isa itu adalah strategi lama yang diulang-ulang.

"Apa yang menarik perhatian saya, walapun strategi ini tidak ada satu yang baru yang boleh kita rasai satu perubahan yang besar akan dilaksanakan kerajaan negeri, tapi kita yakin dengan peningkatan usaha kita akan dapat juga merasai satu yang baru," katanya.

Mengulas perkara yang sama, Rus'sele Eizan (PAS- Simpang Empat) juga melihat bajet Perlis 2011 masih berada pada tahap yang lama tanpa sebarang lonjakan yang baru.

"Saya tak nampak benda baru pun, macam yang dulu juga. Bejaet yang dibentangkan meningkat dari tahun lepas, kerajaan pula mensasarkan hasil yang lebih tinggi, tetapi defisitnya tetap juga bertambah.

"Jika keadaan sebegini, saya rasa sasaran untuk menjadikan negeri Perlis sebagai negeri maju pada tahun 2015 masih jauh untuk dicapai kerana kita tak nampakpun usaha yang lebih jitu ke arah itu,' jelasnya.

Sidang DUN Perlis: Speaker Oh Speaker......

KANGAR- Ketua Penerangan PAS Perlis, Rus'sele Eizan mempertikaikan gelagat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Dato' Yazid Mat semasa mengendalikan sidang DUN Perlis baru-baru ini.

Rus'sele yang juga Adun Simpang Empat melihat sikap Yazid yang mengasak Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) meminta pandangannya berkaitan suatu insiden yang berlaku di Kompleks DUN Perlis tidak lama dahulu.

Pada sesi perbahasan bajet 2011 pada hari kedua sidang, Yazid mencelah ucapan Shahidan bertanyakan pandangan beliau tentang perlukah seorang Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera ke atas seorang kakitangan kerajaan yang melakukan kesalahan.

Menurut sumber, berlakunya suatu insiden di di Kompleks DUN Perlis yang turut dirakamkan melalui kamera litar tertutup, namun selepas dibuat aduan dan diarahkan oleh Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri belum mangambil tindakan. (Ada kereta pegawai yang digores oleh seorang kakitangan).

Isu yang sama turut dibangkitkan Yazid kepada Shahidan pada hari ketiga sidang DUN.

Menurut Rus'sele, beliau sangsi dengan peranan seorang Speaker DUN yang sepatutnya mengendalikan sidang DUN dengan baik, tetapi sebaliknya beliau pula bercakap seperti seorang ahli dewan yang biasa.

"Saya tak tahu sejauh mana kuasa speaker, tapi dia bercakap meminta pandangan seorang ahli dewan seolah-olah dia pula wakil rakyat. Tak tahulah samada dia layak meminta pandangan dari wakil Tambun Tulang sampaikan dilihat mengasak untuk diberikan jawapan atau pandangan.

"Sikap dia sedemikian amatlah dikesali kerana sepatutnya dia bersikap professional dan neutral, dengan membabitkan individu seperti Setiausaha kerajaan negeri saya rasa perbuatan itu tidaklah wajar, lainlah kalau teguran atau pandangan itu datangnya dari wakil rakyat biasa," katanya.

Sumber juga memberitahu bahawa Shahidan sendiri juga melahirkan rasa terkejut beliau apabila diajukan soalan demikian oleh Yazid.