Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, June 15, 2011

Polis harus bertindak terhadap provokasi Perkasa

Harakhdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pihak polis dinasihatkan untuk mengambil tindakan terhadap provokasi Perkasa dan juga presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang muktahir ini membuat pelbagai kenyataan yang nyata boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan awam dalam bantahan keras mereka terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

“Tiada tindakan pihak polis membuatkan seolah-olah negara ini tiada undang-undang kerana ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi boleh dikeluarkan dengan tanpa segan dan bebas,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen bebas Pasir Mas kebelakangan ini telah secara lantang membantah perarakan aman Gabungan Pilihan Raya dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini dengan mengerahkan ahli-ahli Perkasa-nya turut berarak pada hari yang sama semata-mata untuk menentang dan bertembung dengan kumpulan Bersih 2.0.


No comments: