KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis mengutuk keras tindakan akhbar Utusan Malaysia yang menerbitkan kartun yang jelas mempersenda dan memperlekehkan syariat Islam.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Pemuda PAS Perlis berharap agar kartunis tersebut menyedari akan tindakan salahnya yang menghina dan merendah – merendahkan syariat Islam.
"Renungkanlah kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini yang menyebut “Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam ”.
"Bertindaklah dengan pimpinan wahyu daripada Allah SWT bukan dengan kehendak nafsu ammarah yang sudah pasti mendorong kepada kejahatan dan kerosakan," kata Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.
Nasihatnya (berkaitan kes rogol), Utusan Malaysia dan kartunis terbabit hendaklah sedar bahawa undang-undang Islam adalah teramat adil dan ianya bukan sahaja menjaga hak dan maruah mangsa bahkan juga turut menjaga hak dan maruah pihak yang dituduh.
" Sebarang bentuk bukti yang longgar dan tidak kemas tidak akan dianggap sebagai bukti yang kukuh. Untuk mensabitkan kesalahan di dalam Islam mestilah di sokong dengan bukti yang sangat kukuh kerana hukumannya juga adalah tersangat berat,"ujanrnya.
Justeru, Pemuda PAS Perlis mendesak kartunis terbabit bertaubat nasuha di atas kesalahan yang dilakukan dan bersedia untuk memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana sikap biadapnya terhadap hukum Islam.
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment