Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, June 06, 2011

Pasti Perlis kehilangan aktivis gigih

ARAU - PAS Perlis kehilangan seorang aktivis Pasti yang gigih apabila Halimah Omar, 79, meninggal dunia pada 1 Jun lalu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Halimah meninggal dunia di Alor Setar kerana sakit tua dan jenazahnya disemadikan di Arau.

Cikgu Halimah dikenali sebagai seorang pendidik dan pengurus Pasti yang gigih bagi Pasti Al-Fajar yang dulunya beroperasi di Batas Liku dekat sini dan kemudiannya berpindah di perkarangan kediamannya di Guar Gajah beberapa tahun lalu.

Beliau kekal memegang jawatan pengurus Pasti tersebut sehingga akhir hayatnya.

Dilahirkan pada 13 November 1932 di Jelempok dekat sini, Cikgu Halimah yang berpengalaman sebagai seorang pendidik selama 39 tahun pernah memegang jawatan Bendahari Muslimat PAS Perlis.

Beliau adalah isteri kepada Allahyarham Hussain Ab Rahman, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri PAS era 1970-an dan juga bekas Timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Perlis.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

No comments: