Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, June 27, 2011

Perlantikan Ketua Jabatan dan Pengerusi Lajnah PAS Perlis

KANGAR - PAS Perlis selesai membuat perlantikan Ketua Jabatan dan Pengerusi Lajnah bagi melengkapkan kabinet yang dibentuk minggu lalu.

Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin selepas mempengerusikan mesyuarat Harian Perhubungan PAS Perlis kali pertama di Kompleks PAS Perlis, 25 Jun lalu.

Ustaz Hashim sendiri akan akan mengetuai Lajnah Poltik dan Pilihanraya. Timbalan Pesuruhjaya 1, Mohd Anuar Tahir pula akan mengetuai Badan Pemikir PAS Perlis yang merangkumi "Think Tank" serta Penyelidikan.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 2,Hairy Hashim akan mengetuai Lajnah Pemerkasaan Parti, Hubungan Antara Kaum, Pakatan Rakyat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Timbalan Pesuruhjaya 3, Rus'sele Eizan pula akan mengetuai Lajnah Perhubungan Awam dan Pendidikan, selain mengisi portfolio hubungan kerajaan dan istana serta Badan Bukan Kerajaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman dilantik sebagai Ketua Staf Pejabat Perhubungan PAS Perlis dan mengetuai Jabatan Setiausaha.

Bendahari PAS Perlis, Haji Abdul Karim Md Rejab pula akan mengetuai Jabatan Bendahari selain menjadi Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.

Lain-lain lantikan yang dibuat ialah Hisharuddin Hassan (Jabatan Pilihanraya), Mohammed Syukri (Penerangan dan Dakwah), Bashir Ishak (ICT / Media Baru), Ustaz Idris Yaacob (Tarbiah dan Kepimpinan), Mohd Razi Mustaffa ( Pertanian, Nelayan, Penternak, Peneroka dan Alam Sekitar), Zulmi Sabri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) dan Haji Jaafar Daud (Pembangunan Kompleks PAS Perlis).

No comments: