Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, June 03, 2008

Zahidi Tawar Diri Bertanding Ketua Pemuda Umno

PETIKAN BERNAMA
KANGAR, 2 Jun (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin hari Isnin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Pemimpin berusia 48 tahun itu berkata hasratnya mendapat restu Badan Perhubungan Umno Perlis yang diterajui Datuk Seri Shahidan Kassim.

Zahidi, yang juga Ketua Umno bahagian Padang Besar, berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding setelah yakin akan mendapat sokongan daripada seluruh negara.

Katanya ketandusan kepimpinan di utara Semenanjung mendorongnya untuk menawarkan diri bertanding jawatan yang bakal dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Badan Perhubungan Umno Perlis turut menyokong hasrat Shahidan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno dengan alasan ketandusan kepimpinan dari utara.

No comments: