Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, June 03, 2008

KARNIVAL BERKHATAN DUN SIMPANG EMPAT

SIMPANG EMPAT - Sebagai satu usaha untuk memasyarakatkan PAS, Majlis Tindakan Dun Simpang Empat mengadakan Karnival Berkhatan beramai-ramai sempena musim cuti sekolah kali ini.

Program yang julung kali diadakan tersebut diadakan di Markas UPU Behor Mali dekat sini dengan disertai 17 orang kanak-kanak setempat.

Selain berkhatan, beberapa program lain turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Antaranya ialah program perubatan Islam percuma, pertunjukan pencak silat, persembahan marhaban serta kenduri rakyat.


Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Rus'sele Eizan dalam ucapannya ketika merasmikan program tersebut berharap agar program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Selain itu katanya, program seumpama ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat di samping merupakan satu bentuk kebajikan.

"Kita harus berlumba-lumba untuk manambahkan amalan dan juga melakukan kebaikan tanpa mengira batasan agama, bangsa mahupun aliran politik," ujarnya

No comments: